1. bahan galian pepejal yang bukan logam (tidak terbakar, tidak boleh ditempa, dan tidak hancur dalam air);
2. sejenis permata (untuk mata cincin dan lain-lain);
~ kecubung sejenis permata yang berwarna ungu kebiru-biruan;
3. sejenis permata buatan (dipakai dalam jam dan lain-lain):
jam tangan 17 ~;
4. penjodoh bilangan bagi gigi:
se~ gigi;
5. ukuran jarak:
kampungku letaknya 10 ~ dari sini;
6. buah (dalam permainan catur):
tidak dapat kami bermain catur lagi kerana beberapa ~ hilang;
7. [Indonesia] bateri (lampu picit):
lampu picit tiga ~;
8. [kiasan] keras:
berhati ~;
~ air = ~ kali = ~ sungai batu yang terdapat di sungai-sungai;
~ ajuk batu (timah dan lain-lain) pada tali kail untuk pemberat;
~ alas tempat tiang rumah berdiri;
~ ali(-ali) anak ali-ali;
~ ambar sejenis batu yang terdapat di pantai (dibuat paip dan lain-lain);
~ amzil batu canai (asuhan);
~ anggur asaman yang diambil daripada buah-buahan;
~ anting batu (timah dan lain-lain) pada tali untuk pemberat;
~ api
a) batu pencetus api (pada pantik api dan lain-lain);
b) [kiasan] penghasut;
~ apung batu yang ringan dan tidak tenggelam dalam air;
~ arang = ~ bara arang yang diambil dari dalam tanah;
~ asah(an) batu untuk mengasah perkakas (pisau dan lain-lain);
~ asas
a) batu dasar tempat mendirikan sesuatu (rumah dan lain-lain);
b) [kiasan] dasar;
~ badar batu hablur untuk mata cincin;
~ bata bata;
~-batan
a) berbagai-bagai jenis batu;
b) batu karang;
~ belanda permata buatan;
~ bersurat = ~ bertulis batu yang berpahat dengan huruf-huruf tulisan kuno;
~ berani = ~ semberani besi atau bijih besi yang mempunyai tenaga untuk menarik besi lain;
~ besi sejenis batu yang keras, granit;
~ bintang
a) sejenis batu yang berasal daripada bintang gugur;
b) sejenis batu yang mengandungi hablur;
~ canai gerinda;
~ dacing = ~ timbang timah (besi dan lain-lain) pada dacing untuk menimbang berat barang;
~ dapur = ~ tungku batu tempat meletakkan periuk sewaktu memasak;
~ duga batu (timah dan lain-lain) untuk menduga dalamnya laut;
~ geliga batu yang terdapat dalam tubuh binatang (ular, landak, dan lain-lain) yang mempunyai khasiat untuk menawar bisa dan lain-lain;
~ giling batu tempat menggiling rempah dan lain-lain;
~ hampar batu yang lebar dan rata;
~ hempedu ketulan keras seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu sehingga boleh menyebabkan rasa sakit;
~ hidup batu yang mempunyai kekuatan ghaib;
~ jemala = ~ kepala kepala;
~ johor hablur;
~ kail batu timah;
~ kapur batu yang mengandungi kapur;
~ karang karang laut;
~ kawi mangan;
~ kerikil = ~ kelikir batu kecil-kecil;
~ ketapakan = ~ tapakan
a) batu tumpuan;
b) [kiasan] dasar;
~ kisaran batu khas untuk mengisar tepung, rempah, dan lain-lain;
~ koral = ~ kolar [Jakarta] batu karang (laut);
~ kulansing batu besi;
~ lada kerikil yang halus;
~ ladung batu ajuk;
~ lengan otot pada pangkal lengan;
~ lod (Geologi) bijih besi yang mempunyai kuasa magnet;
~ loncatan
a) batu yang digunakan sebagai landasan melompat;
b) [kiasan] orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu;
~ luru alat tempa yang berupa batu sungai atau granit licin, digunakan untuk melicinkan (menggilapkan) permukaan tempaan;
~ marmar batu kapur berhablur yang boleh digilap dan digunakan untuk binaan dan ukiran;
~ merah tanah liat (batu) yang merah;
~ meroyan sejenis penyakit perempuan yang baru melahirkan anak;
~ nautika unit ukuran jarak di laut yang bersamaan dengan 1852 m (6080 kaki);
~ nisan batu di atas atau di satu hujung kubur, biasanya ditulis nama dan maklumat si mati;
~ pasir batuan yang terbentuk daripada pasir yang mampat, biasanya digunakan sebagai bahan binaan dan sebagainya;
~ pejal batu besi;
~ pelinggam sejenis marmar;
~ penghalang halangan;
~ pualam marmar;
~ sempadan batu untuk menandakan sempadan;
~ sendi
a) batu alas;
b) [kiasan] dasar, asas;
~ sarawak sejenis galian (bijih) yang mengandungi belerang dan antimoni;
~ seremban batu yang digunakan dalam permainan seremban;
~ tanda
a) batu yang menunjukkan jarak di antara satu tempat ke satu tempat yang lain;
b) peristiwa penting dalam sejarah, kehidupan, dan lain-lain:
peristiwa itu menjadi ~ tanda bermulanya sejarah perkembangan bahasa dan sastera Melayu di tanah air kita;~ tara batu sempadan;
~ timbul batu apung;
~ tolak bara [sastera lama] batu pemberat yang digunakan sebagai pengimbang dalam perahu:
maka oleh Semerluki, diambilnya suatu ~ tolak bara, dicampakkannya di Selat Ungaran;
~ tulis
a) [Indonesia] papan batu;
b) batu bertulis, batu bersurat;
~ ubin batu yang dipakai untuk lantai rumah;
~ ujian
a) batu tempat menguji emas;
b) percubaan,cabaran;
~ bulat tak bersanding = ~ hitam tak bersanding (peribahasa) orang yang kelihatan lemah lembut tingkah lakunya dan sebagainya, tetapi sebenarnya keras hatinya (tidak takut menghadapi sesuatu);
~ direbus masakan empuk (peribahasa) orang yang bodoh itu bagaimanapun tidak mungkin diajar;
~ jatuh ke lubuk (peribahasa) hilang lenyap;
~ kecil berguling naik, ~ besar berguling turun (peribahasa) orang yang hina menjadi mulia kerana harta dan orang yang berasal menjadi hina kerana tidak berharta;
~ pelesing (peribahasa) orang yang kecil tetapi berhati keras;
~ pun empuk, jangan hati manusia (peribahasa) perkataan yang lemah lembut boleh menawan hati;
~ yang keras air pelekuknya, hati yang keras lidah pelembutnya (peribahasa) orang yang keras hati itu hanya dapat dipujuk dengan kata yang lemah lembut;
~ yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut (peribahasa) orang yang selalu menambah pengetahuannya tidak dapat ditipu orang, atau orang yang tidak tetap mata pencariannya tidak akan kaya;
berbunyi ~, berbunyilah dia (peribahasa) orang yang tidak dapat berkata-kata (menjawab) kerana kedapatan kesalahannya;
lempar ~ sembunyi tangan (peribahasa) melakukan sesuatu (kejahatan dan lain-lain) tetapi kemudian berdiam diri seolah-olah tidak tahu-menahu;
mencampakkan ~ keluar (peribahasa) menolong orang lain tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri;
muncung penuh air, perut berisi ~ (peribahasa) tidak dapat mengatakan sesuatu (berkenaan (dengan) kesalahan orang) kerana telah terhutang budi;
patah ~ hatinya (peribahasa) habis seluruh kemahuannya (minatnya) untuk meneruskan pekerjaan dan lain-lain;
tiada terkajang ~ di pulau (peribahasa) tidak terlayan kehendak semua orang;