bangkit

1. jaga daripada tidur;

2. berdiri daripada duduk atau tidur:
ia ~ daripada duduk;

3. hidup kembali:
~ dari kubur;

4. naik (ke udara):
debu ~ ke udara;

5. terbit, datang (keadaan, perasaan dan lain-lain);
~ gilanya datang gilanya;
~ marahnya terbit marahnya;
~ hatinya timbul keberaniannya;

6. kembang, muai (adunan):
kek yang saya buat tidak ~;

7. sedar dan bergerak untuk mencapai kemajuan, sedar dan maju;

berbangkit
1. timbul atau terbit (berkenaan (dengan) perasaan, perkara dan sebagainya);
perkara ~ perkara (hal atau soal) yang ditimbulkan dalam mesyuarat berdasarkan minit atau catatan mesyuarat yang lalu;

2. berbalik (berkenaan (dengan) penyakit);

membangkit
1. menggerakkan supaya bangkit, mengangkat:
~ lukah yang ditahan;

2. menimbulkan, mengakibatkan (penyakit, marah, dan lain-lain):
~ marah;

3. = membangkit-bangkit membongkar perkara yang lama, mengungkit:
mereka bertengkar ~ hal-hal yang sudah lampau;

4. [Minangkabau] memungut (menggali) hasil kebun dan lain-lain;

membangkitkan
1. membangunkan (orang tidur), menghidupkan kembali (orang mati):
di padang mahsyar manusia dibangkitkan Allah daripada mati;

2. mengangkat ke atas:
~ pedang ke udara;

3. menimbulkan:
~ semangat orang-orang muda;
~ selera;

bangkitan
1. = bangkit-bangkitan soal lama yang dibongkar-bongkar;

2. [Minangkabau] hasil tanaman;

3. ucapan-ucapan bomoh untuk membangkit orang halus (dalam permainan puteri);

kebangkitan
1. kebangunan, kesedaran serta kegiatan yang membawa kemajuan:
~ bangsa Asia;
~ Islam sebenarnya harus didukung oleh tradisi ilmu yang mampu melahirkan tamadun besar;

2. pemberontakan:
mereka mendakwa bahawa adanya penceroboh-penceroboh itu sebagai satu ~ dari dalam negeri;

pembangkitan perihal (perbuatan, kegiatan, dan sebagainya) membangkitkan sesuatu atau seseorang;

pembangkit
1. orang yang membangkitkan (perkara lama dan lain-lain);

2. alat yang membangkitkan;
~ tenaga elektrik [Indonesia] alat yang membangkitkan kuasa elektrik, jana kuasa.

berkongsi