balik I

1. kembali, pulang:
budak-budak belum ~ lagi;

2. = sebalik sebelah yang lain, sebelah sana:
aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan;

3. songsang, berlawanan arah;
bulu ~ bulu ayam yang songsang;
~ adab tidak tahu adat;
~ akas [Kedah] kembali hidup;
~ andar balik kosong (daripada mengail dan lain-lain);
~ belah
a) songsang;
b). [Terengganu] tidak mengikut susunan yang betul:
kamu susun buku itu ~ belah betul; ~ bokong bahagian dalam menjadi di luar, songsang (baju dan lain-lain);
~ gagang [kiasan] berpihak kepada lawan;
~ gelisah [Kelantan] sejenis kuih yang dibuat daripada beras pulut;
~ jungkir (berulang kali) kepala di bawah, kaki di atas;
~ kekat arus (pasang) berubah;
~ kerak kahwin lagi dengan bekas isteri;
~ kuang kepala ke bawah (bergantung dan lain-lain);
~ mazhab taklid (meninggalkan ajaran mazhab tertentu dan mengikut ajaran mazhab yang lain);
~ mata
a) bermuafakat jahat (membiarkan orang berbuat jahat, pura-pura tidak tahu, dan lain-lain);
b) main sunglap;
~ modal mendapat modal kembali (tidak rugi dan juga tidak untung), pulang modal;
~ nama [Indonesia] penukaran surat hak milik (tanah dan lain-lain);
~ pongkang yang di bawah jadi di atas;
~ rujuk kahwin balik dengan isteri yang telah diceraikan;
~ sakit = ~ pais [Kelantan] jatuh sakit semula;
~ sedar siuman, sedar daripada pengsan;
di ~ belakang(an) = ~ pembelakangan di belakang orang;

sebalik di ~ pada bahagian (aspek dan sebagainya) yang terselindung atau tidak begitu ketara:
dalam kelucuan pemerihalan ini, jelas kepada kita mesej di ~nya;
apakah motif di ~ keinginan ini?

sebaliknya berlawanan dengan atau berbeza sama sekali daripada (sesuatu yang telah dikatakan atau disarankan);

balik-balik [bahasa percakapan] kerap melakukan perkara yang sama:
~ dia lakukan lagi perbuatan terkutuk itu;

berbalik
1. berubah arah:
perkataannya ~;

2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yang di muka menjadi di belakang, yang di bawah menjadi di atas, dan lain-lain):
keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya;

3. berpusing kembali, berpaling:
ia ~ melihat isterinya;

4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dan lain-lain):
hamba hendak ~ ke Bentan;

5. [kiasan] merujuk kembali (kepada), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpada sesuatu):
cara mereka menghubungkan sastera dengan masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kepada ideologi dan sikap masing-masing;
~ hati
berubah pendirian;
~ mudik = ~ muka
a) bertukar haluan (fikiran dan lain-lain);
b) berubah pihak, membelot;

berbalik-balik selalu balik ke tempat semula, berpusing-pusing, berulang-alik;

membalik
1. berbalik kembali (arahnya):
bola itu ~ sesudah kena tiang;

2. menukar letaknya (menelungkup menjadi menelentang):
dibaliknya pinggan itu dan nasi pun tumpahlah;

membalik-balik
1. membalik berulang kali:
dibalik-baliknya kertas di atas meja itu;

2. membuka-buka (buku dan lain-lain):
sambil bertenggong, ia ~ buku yang tebal itu;

3. berulang-ulang (memikir dan lain-lain):
air matanya jatuh apabila ~ bagaimana sengsara hidupnya;

membaliki
1. balik kepada sesuatu (untuk mengambil sesuatu, berbaik dengan isteri, dan lain-lain);

2. [arkaik] melepaskan diri daripada tanggungjawab;

membalikkan
1. memulangkan, mengembalikan:
ia menyuruh ~ wang itu;

2. mengubah letak atau arah sesuatu kepada yang berlawanan dengan asalnya atau sebelumnya:
kerja ~ semula perahu pulai itu bukanlah perkara yang sukar;

3. menyebabkan berubah (bertukar dan sebagainya) sama sekali:
mengapa kau ~ hatiku dan menampal kulit babi di mukaku?

4. menghantar kembali, melantunkan:
lantai, siling, dan dinding dibina daripada bahan-bahan padu dan ini akan ~ semua bunyi yang memukulnya;
~ kepala
melihat ke belakang;
~ muka memalingkan muka;
~ perkataan membelit-belitkan perkataan;
~ punggung membelakangi, tidak mahu melihat;

terbalik menjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yang di hadapan menjadi di belakang atau yang di atas menjadi di bawah):
kereta itu ~;
bajunya ~;
~ akal
gila;
~ iman bertukar iman;
~ mata [Indonesia] [bahasa percakapan] terlampau lama melihat;
~ niat bertukar niat;

menterbalikkan menjadikan (membuat menjadi) terbalik:
menggaris dengan dakwat dilakukan dengan ~ kayu pembaris;
suaranya boleh ~ iman seorang lelaki;

keterbalikan perihal terbalik:
~ peranan dalam perhubungan ibu bapa dengan kanak-kanak boleh dicapai oleh kanak-kanak dalam situasi lakon;

kebalikan sebalik daripada, sebaliknya, lawan(nya):
benderanya ialah palang merah di atas tanah putih, ~ bendera Swiss;
~ peperangan dan permusuhan menjadi lebih hebat;

pembalikan perihal (perbuatan dan sebagainya) membalik(kan).

berkongsi