ayam I

1. sejenis unggas yang biasanya diternak;

2. daging ayam:
kari ~;
sup ~;
~ aduan ayam sabung(an);
~ air, Porphyrio porphyrio;
~ alas ayam hutan;
~ bacul ayam sabung yang penakut;
~ (bulu) balik ayam yang bulunya terbalik;
~ bangkas ayam jantan yang borek (berbintik-bintik putih);
~ belanda sejenis unggas besar yang diternak, Meleagris gallopavo;
~ belorong
ayam jantan yang putih;
~ beroga = ~ burga ayam hutan;
~ betina ayam jenis betina(jenis yang boleh bertelur);
~ biang ayam betina yang sudah bertelur;
~ biring ayam jantan yang kuning kakinya;
~ bogel ayam yang (hampir) tidak berbulu, ayam togel;
~ daging ayam yang diternak khusus untuk dagingnya (bukan untuk mendapatkan telur);
~ dara ayam betina yang hampir bertelur;
~ denak = ~ hutan ayam liar, Gallus gallus;
~ didik
anak ayam yang tidak beribu tetapi dididik (dipelihara) oleh orang yang memeliharanya;
~ golek
a) (daging) ayam yang dipanggang seekor-seekor;
b) sejenis masakan yang daging ayamnya dimasak seekor-seekor;
~ hitam = ~ selasih ayam yang bulunya berbintik-bintik hitam atau kelabu;
~ itik berbagai-bagai jenis ayam dan itik yang dipelihara (ayam, itik, angsa, dan lain-lain);
~ jalak ayam jantan yang rupanya seperti perling dan kakinya kuning;
~ jantan ayam jenis jantan (jenis tidak boleh bertelur);
~ kampung ayam yang diternak secara yang biasa dilakukan di kampung, Gallus gallus domestica;
~ kasi = ~ kebiri = ~ kembiri ayam yang dikembiri;
~ katik sejenis ayam yang kecil;
~ kenantan = ~ cenantan = ~ sinantan ayam jantan yang putih;
~ koci sejenis ayam yang berasal dari Cochin China (Vietnam, Kemboja);
~ lemba ayam yang rendah badannya;
~ mandul ayam betina yang tidak bertelur;
~ mei, Gallicrex cinerea;
~ meluruh
ayam yang bulunya sedang luruh (gugur);
~ mutiara , Numida meleagris;
~ panggang daging ayam yang dipanggang;
~ paya, Gallinula chlorophus;
~ pega burung tatera, Lophura ignita rufa;
~
pencen ayam yang tidak bertelur lagi;
~ penelur = ~ telur ayam yang diternak terutamanya untuk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya);
~ peranggang = ~ potongan ayam yang dipelihara untuk disembelih;
~ percik ayam panggang yang disaluti sos yang diperbuat daripada santan dan rempah ratus;
~ pilas ayam jantan yang hitam lehernya dan kakinya (bulunya berbintik-bintik);
~ piru sejenis ayam belanda;
~ pupuh ayam aduan (sabungan) yang tidak memakai taji;
~ sabung(an) ayam jantan untuk disabung;
~ sebandung ayam kembar yang menetas dari sebutir telur;
~ serama sejenis ayam peliharaan yang kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek;
~ sinantan ayam kenantan;
~ tambatan [kiasan] orang yang dianggap hebat dan sangat diharapkan dapat membawa kemenangan dalam sesuatu perlawanan, seperti bola sepak dan sebagainya;
~ tedung ayam jantan hitam yang besar dan tegak bulu suanya;
~ baru belajar berkokok (peribahasa) baru saja cukup umur, baru mencuba hendakkan perempuan;
~ beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya (peribahasa) orang dagang itu bagaimanapun senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sendiri;
~ bertelur di atas padi mati kelaparan (peribahasa) orang yang menderita kesusahan di tempat yang mewah;
~ ditambat disambar helang, (padi ditanam tumbuh lalang) (peribahasa) untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang yang berkuasa);
~ hitam terbang malam, hinggap di pokok pandan, bergeresek ada, rupanya tiada (peribahasa) kejahatan yang sulit dan diketahui orang tetapi tidak ada bukti yang nyata;
~ itik raja pada tempatnya (peribahasa) setiap orang itu adalah penting pada tempatnya sendiri;
~ menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga suka ditujuinya (peribahasa) perangai daripada baka yang asal tidak akan berubah juga;
~ putih terbang siang, (hinggap di halaman, malih kepada mata orang banyak) (peribahasa) perihal pekerjaan yang dilakukan dengan terang dan nyata dan diketahui orang;
~ tak patuk, itik tak sudu (peribahasa) dikatakan kepada seseorang yang hina atau sesuatu yang tidak berharga;
~ terlepas, tangan bau tahi (peribahasa) dikatakan kepada orang yang mengerjakan perbuatan yang dilarang itu akhirnya mendapat malu;
~ tidur senang dalam reban, musang yang susah beredar keliling (peribahasa) orang yang berperasaan dengki, tidak suka melihat orang lain senang;
bagai ~ dimakan tungau (peribahasa) dikatakan kepada orang yang kurus dan pucat kerana kena penyakit;
bagai ~ mabuk tahi (peribahasa) dikatakan kepada orang yang pucat lesi dan lemah kerana sakit;
bagai ~ mengarang (mengeram) telur (peribahasa) keelokan merah muka seseorang perempuan;
seperti ~, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (peribahasa) perihal orang miskin, tidak bekerja keras tidak dapat makan;

ayam-ayaman
1. ayam tiruan (untuk permainan);

2. ayam-ayam.

berkongsi