rombeng

robek, compang-camping:
pakaian yang ~;

merombengkan menjual (barang-barang lama atau buruk) kepada pedagang barang-barang lama;

rombengan
1. pakaian-pakaian yang sudah usang;

2. barang-barang yang lama atau rosak:
barang-barang ~;
tukang ~
pedagang barang-barang lama atau buruk.

rombakan

bongkaran, runtuhan;

perombakan perbuatan merombak, pembongkaran:
usul itu merupakan satu ~ susunan tradisi masyarakat kampung;

perombak orang yang merombak.

rombak

terbongkar, terurai:
jahitannya buruk dan berkedut kerana selalu kena ~;

merombak
1. membongkar, memecahkan, merosakkan:
rumah-rumah yang buruk telah dirombak beransur-ansur;
~ adat (aturan, perjanjian, dan lain-lain)
menghapuskan atau meniadakan adat (aturan perjanjian dan lain-lain);
~ dapur [Kelantan] selesai bersalai (perempuan yang telah bersalin);

2. menyusun semula (dengan meminda atau membongkar semuanya):
dia ~ susunan kabinet dengan menyingkirkan beberapa orang tokoh komunis;
undang-undang itu patut dipinda dan dirombak supaya sesuai dengan negara Malaysia yang merdeka;

romba

tanda untuk menandakan kawasan yang akan didirikan jermal (belat dan lain-lain).

romantisisme

aliran sastera dan seni di Eropah pada hujung abad ke-18 hingga awal abad ke-19 yang mengutamakan perasaan dan keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu.

romantis

berkaitan dengan percintaan dan keindahan dan lain-lain, romantik:
alam dan suasana di taman itu begitu ~ .

romantik

1. memberikan suasana (gambaran dan sebagainya) seperti yang terdapat dalam cerita roman (percintaan dan lain-lain);

2. memperlihatkan suasana yang penuh kasih sayang, keindahan, kemesraan, dan sebagainya seperti dalam alam percintaan:
alangkah ~nya pemandangan di sini.