rona

1. warna:
berkain batik lepas ~ biru tua;

2. warna muka, roman muka:
~ mukanya berubah menjadi marah;
hilang ~ kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang
(peribahasa) orang yang tidak ber wang dipandang rendah;

serona sewarna, serupa;

berona berwarna, berupa elok warnanya (rupanya);

meronai menjadikan sesuatu menarik atau mengghairahkan:
cerpen-cerpennya sentiasa dironai oleh aneka latar sosial;

meronakan memberikan rona, mewarnakan:
karya sastera yang bernada protes dalam masyarakat Melayu turut ~ corak dan bentuk sastera.

romusya, romusa

(Jepun) orang yang dipaksa membuat kerja berat pada zaman Jepun;

diromusyakan dijadikan romusya, dipaksa membuat kerja berat.

rompong

rosak atau terkerat pada cuping atau hujungnya (hidung, belalai, dan lain-lain):
maka diparang seorang lagi, kena hidungnya ~;

merompongkan mengerat (hujungnya):
kepadanya aku balaskan hatiku yang amarah itu sebab ia ~ hidung adikku.

rompeng

pecah sedikit atau sumbing di tepi atau di luar (gigi, buah yang dimakan burung, dan lain-lain).

rompakan

kejadian merompak:
~ itu berlaku sewaktu mereka tidak ada di rumah;
~ bersenjata
rompakan dengan (si perompak) menggunakan senjata;

perompakan perbuatan merompak, perampokan:
~ bersenjata;

perompak orang yang merompak, perampok, penyamun.