daun (nipah, rumbia, dan lain-lain) yang dibuat atap atau pengalas muatan;
~ tak habis, kajang pula (peribahasa) hutang lama belum dibayar, sudah datang pula orang menagih hutang baru.
Author Archives: admin
samin
minyak ~ sejenis minyak sapi.
sami III
[Jawa];
~ mawon sama sahaja.
sami II
[Arab] mulia, tinggi.
sami I
pendeta (agama Buddha).
samfu
pakaian wanita Cina yang terdiri daripada blaus berpinggang dan seluar.
sambut
bersambut
1. ada balasan (jawaban dan lain-lain):
pertanyaan tadi tidak ~;
2. disertai (oleh):
bunyi tapak sepatu berdentum-dentum dihentakkan kuat-kuat pada anak tangga ~ dengan cakap-cakap kasar dan bangga;
3. membeli sesuatu dengan membayar kemudian;
dagangan ~ yang dijualnya [kiasan] mengatakan sesuatu dengan hanya menurut kata orang lain;
bersambutan
1. berpadanan, sesuai (dengan):
rambutnya ikal terlalu panjang ~ dengan lehernya jinjang;
2. = bersambut-sambutan, sambut-menyambut berbalas-balasan, bersahut-sahutan:
maka berbunyilah nobat nafiri, ~ pula dengan bunyi-bunyian sekalian;
bunyi jeritnya tersangat kuat, bergaung bersambut-sambutan bunyinya;
menyambut
1. menerima (menangkap dan lain-lain) dengan tangan:
maka surat itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kepada Sultan Pahang;
saya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya;
2. menerima (perkhabaran, cadangan, dan lain-lain), memberi (menunjukkan) reaksi kepada:
ibu ~ berita itu dengan menghamburkan air mata;
ini dilakukan sebagai ~ cadangan Angkatan Sasterawan 50;
3. = menyambuti [sastera lama] menerima kedatangan orang, mengalu-alukan (tetamu dan lain-lain), menyongsong:
maka pergilah segala bentara dan biduanda ~ orang dua belas itu;
4. menjawab (percakapan dan lain-lain), menyampuk:
Wan Derus ~ cakap isterinya;
5. menjawab (cabaran, tentangan, dan lain-lain), melawan (serangan, kecaman, dan lain-lain):
ia ~ cabaran itu;
6. meneruskan (giliran), melanjuntukan (kerja yang berganti-ganti):
dua orang polis khas datang dengan senapang bercekah ~ giliran mereka bertugas malam itu;
7. membeli dengan membayar beransur-ansur:
dia dapat ~ dulu barang di kedai Malabari itu;
~ baik menerima baik, berkenan, bersetuju:
jurubicara konsulat Filipina di Kuala Lumpur hari ini ~ baik langkah Malaysia itu;
sambut-menyambut
1. berbalas-balasan (perbualan, nyanyian, dan lain-lain):
mereka berpantun ~ ;
2. berturut-turut, berganti-ganti, sambung-menyambung;
sambutan
1. penerimaan (ketibaan tetamu dan lain-lain), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dan lain-lain):
bagaimana nanti ~ yang akan diterimanya kalau ia pergi ke sana?;
2. perhatian (pandangan, anggapan, dan lain-lain) terhadap sesuatu hal, reaksi:
buku karangannya telah mendapat ~ yang baik daripada masyarakat;
3. jawaban terhadap cabaran (tentangan dan lain-lain), balasan, perlawanan:
cabaran itu mendapat ~ daripada orang-orang muda;
4. barang yang dibeli dengan bayarannya ditangguhkan, barang yang diamanahkan untuk dijual;
~ baik penerimaan baik, perkenanan, persetujuan;
~ permaidani merah sambutan istimewa yang diberikan kepada tetamu kenamaan atau orang yang terkenal, biasanya ketibaannya disambut dengan hamparan permaidani merah;
penyambutan perihal menyambut:
sebuah senyum telah diberikannya sebagai salam ~;
penyambut
1. orang yang menyambut (tetamu dan lain-lain), penerima:
~ tetamu;
2. kayu yang dipasang untuk menyangga gelegar (pada rumah);
3. angka pembahagi yang besar (dalam kira-kira pecahan);
4. pelengkap (dalam sesuatu ayat).
sambur
~-limbur bercampur baur (kerana terlalu ramai dan lain-lain).
sambung
~ tangan ki pertolongan, bantuan;
bersambung
1. berhubung dengan (tali dan lain-lain), bercantum dengan, berkaitan dengan:
anjung rumah itu ~ dengan rumah ibu;
2. berlanjutan, berpanjangan, berturut-turut:
ketawanya ~ lagi tanda benar-benar geli hati;
lari ~ [Indonesia] lari berganti-ganti;
3. diberi tambahan:
pita yang ~;
~ berulas tangan ki mendapat bantuan (pertolongan);
sambung-bersambung berlanjut-lanjutan, beruntun-runtun, berganti-ganti;
menyambung
1. menjadikan lebih panjang dengan tambahan (tali, perbualan, cerita, dan lain-lain), memanjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dan lain-lain):
jalan raya itu akan disambung lagi pada tahun depan;
ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar;
2. menghubungkan sesuatu dengan yang lain (benda yang putus-putus dan lain-lain):
ayah saya sedang ~ rantai basikal dengan dawai;
3. menghubungkan (telefon yang mendapat panggilan dengan sambungan-sambungan lain);
sambung-menyambung
1. bersambung-sambung terus;
2. sambung-bersambung;
menyambungkan
1. memanjangkan (cerita, perbualan, dan lain-lain), meneruskan:
apa yang saya usahakan selama ini ialah mencari wang dan ~ pasport;
dia ketawa, dan kemudian ~ semula percakapannya;
2. menghubungkan sesuatu dengan yang lain (perkara yang putus-putus dan lain-lain):
leher itu ~ kepala dengan badan;
3. menggunakan sesuatu untuk menyambung;
4. menyambung untuk (orang lain):
dia ~ anaknya tali itu;
sambungan
1. tambahan (untuk memanjangkan sesuatu), lanjutan (perbualan, cerita, dan lain-lain):
ada ~nya lagi;
2. sesuatu yang telah disambung;
~ tangan penolong, pembantu;
3. talian telefon daripada telefon utama, yang disambungkan ke beberapa bahagian lain dalam sesebuah bangunan:
~ telefonnya di pejabat ialah 2751;
bersambungan mempunyai sambungan (tambahan, lanjutan);
kata ~ [Indonesia] kata terbitan;
persambungan perihal (keadaan dan sebagainya) bersambung atau berterusan, kesinambungan, kelanjutan (kpada sesuatu yang sebelumnya):
~ istiadat itu selepas zaman Melaka juga agak sukar dikesan;
budaya popular merupakan ~ budaya tradisi;
penyambungan perihal menyambung, penerusan:
hari ~ pembicaraan itu telah pun ditetapkan;
penyambung
1.sesuatu (alat dan lain-lain) yang menyambung atau meneruskan, penghubung;
tanda ~ tanda sempang;
2. orang yang menyambung atau meneruskan sesuatu usaha, tugas, dan lain-lain:
kamu semua adalah ~ usahaku;
~ lidah orang perantaraan, jurubicara.
sambuk II
[sastera lama] sejenis perahu kecil.