sembat, sebat;
sebat I.
Cari Maksud Perkataan Secara Online
sembat, sebat;
sebat I.
[Jawa] mengeluh, mengaduh (kerana kesusahan dan lain-lain).
[Jawa];
bersambat, menyambat meminta pertolongan (untuk mengerjakan sesuatu);
sambatan
1. pertolongan (untuk mengerjakan sesuatu), bantuan;
2. tolong-menolong;
3. orang yang menolong (mengerjakan sesuatu).
[Indonesia] ;
bersambat bersambungan (dengan), bertambatan (dengan), berhubungan;
menyambat menyambung (menambat, menghubungkan).
[Brunei] tidak cermat (tidak teliti dan lain-lain).
menyambar
1. menangkap (dengan paruh, cakar, dan lain-lain) sambil terbang, menangkap (mangsa) dengan cepat:
helang ~ anak ayam;
haruan ~ anak;
2. menangkap (merampas, menyamun, menyerang, dan lain-lain) dengan cepat:
disambarnya wang yang ada dalam genggaman saya;
baginda terkejut lalu disambarnya pedang panglima itu;
3. menjilat dengan cepat (api), memanah atau mengenai (kilat, peluru, dan lain-lain):
api itu dengan bengisnya ~ minyak, merosakkan harta benda;
cepat seperti kilat ~;
sebuah lori hampir ~ becanya dari belakang;
4. [arkaik] mencelah atau menyampuk (orang sedang bercakap) dengan cepat:
Tapi apa? merinyu ~;
5. [kiasan] mengambil kesempatan tanpa teragak-agak:
yang penting ialah kemampuan untuk ~ kesempatan;
ayam tambat disambar helang, padi ditanam tumbuh lalang (peribahasa) nasib yang malang (buruk) sekali;
bagai ayam disambar helang (peribahasa) mati tanpa sakit;
pantang helang dengan ayam, lambat-laun disambar juga (peribahasa) mudah menimbulkan sesuatu yang tidak baik kalau didekatkan;
menyambar-nyambar menyambar beberapa kali atau berulang kali:
kelihatan sekumpulan ikan ~ cebisan roti yang dicampakkannya;
sambar–menyambar menyambar (memanah) berturut-turutan:
kilat ~ diikuti dengan bunyi petir yang sangat kuat;
sambaran tangkapan (yang cepat);
penyambar orang yang menyambar, pencuri, perampas.
[Minangkabau] sejenis burung (sebesar gagak).
mempelai ~ [Perak] pengapit pengantin laki-laki.
[Minangkabau] sejenis tabung atau kotak yang diperbuat daripada bilah (buluh);
~ tembakau tabung tempat menyimpan tembakau.
sarang lebah yang telah kosong.