~ tangan ki pertolongan, bantuan;
bersambung
1. berhubung dengan (tali dan lain-lain), bercantum dengan, berkaitan dengan:
anjung rumah itu ~ dengan rumah ibu;
2. berlanjutan, berpanjangan, berturut-turut:
ketawanya ~ lagi tanda benar-benar geli hati;
lari ~ [Indonesia] lari berganti-ganti;
3. diberi tambahan:
pita yang ~;
~ berulas tangan ki mendapat bantuan (pertolongan);
sambung-bersambung berlanjut-lanjutan, beruntun-runtun, berganti-ganti;
menyambung
1. menjadikan lebih panjang dengan tambahan (tali, perbualan, cerita, dan lain-lain), memanjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dan lain-lain):
jalan raya itu akan disambung lagi pada tahun depan;
ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar;
2. menghubungkan sesuatu dengan yang lain (benda yang putus-putus dan lain-lain):
ayah saya sedang ~ rantai basikal dengan dawai;
3. menghubungkan (telefon yang mendapat panggilan dengan sambungan-sambungan lain);
sambung-menyambung
1. bersambung-sambung terus;
2. sambung-bersambung;
menyambungkan
1. memanjangkan (cerita, perbualan, dan lain-lain), meneruskan:
apa yang saya usahakan selama ini ialah mencari wang dan ~ pasport;
dia ketawa, dan kemudian ~ semula percakapannya;
2. menghubungkan sesuatu dengan yang lain (perkara yang putus-putus dan lain-lain):
leher itu ~ kepala dengan badan;
3. menggunakan sesuatu untuk menyambung;
4. menyambung untuk (orang lain):
dia ~ anaknya tali itu;
sambungan
1. tambahan (untuk memanjangkan sesuatu), lanjutan (perbualan, cerita, dan lain-lain):
ada ~nya lagi;
2. sesuatu yang telah disambung;
~ tangan penolong, pembantu;
3. talian telefon daripada telefon utama, yang disambungkan ke beberapa bahagian lain dalam sesebuah bangunan:
~ telefonnya di pejabat ialah 2751;
bersambungan mempunyai sambungan (tambahan, lanjutan);
kata ~ [Indonesia] kata terbitan;
persambungan perihal (keadaan dan sebagainya) bersambung atau berterusan, kesinambungan, kelanjutan (kpada sesuatu yang sebelumnya):
~ istiadat itu selepas zaman Melaka juga agak sukar dikesan;
budaya popular merupakan ~ budaya tradisi;
penyambungan perihal menyambung, penerusan:
hari ~ pembicaraan itu telah pun ditetapkan;
penyambung
1.sesuatu (alat dan lain-lain) yang menyambung atau meneruskan, penghubung;
tanda ~ tanda sempang;
2. orang yang menyambung atau meneruskan sesuatu usaha, tugas, dan lain-lain:
kamu semua adalah ~ usahaku;
~ lidah orang perantaraan, jurubicara.