[Kelantan];
~ patat jauh (benar).
Author Archives: admin
sat III
[bahasa percakapan] saat, sesaat, sekejap, sebentar.
sat II
[arkaik] ukuran banyak beras dan lain-lain;
~ besar sepuluh gantang;
~ kecil lima gantang.
sat I
daun terup yang tertinggi nilainya.
sasyimi
sejenis makanan Jepun yang berupa filet ikan mentah.
sasul
tersasul terlajak (perbuatan, perkataan, dan lain-lain), terlangsung, terlebih (daripada sepatutnya):
dia telah ~ memperkatakan soal itu;
ketersasulan keadaan tersasul:
~ ini beberapa kali dapat ditemui dalam novel ini.
sastera
1. bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab (bukan bahasa basahan);
2. = kesusasteraan hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu;
ahli ~ (orang yang) pakar dalam hal kesusasteraan;
seni ~ seni karang-mengarang (prosa, puisi, dan lain-lain);
3. [arkaik] kitab suci Hindu;
4. [sastera lama] kitab ilmu pengetahuan pustaka, kitab yang mengandungi ramalan (perhitungan dan lain-lain);
5. [sastera lama] tulisan, huruf;
~ bandingan kajian dan huraian tentang pertalian antara pelbagai sastera dari berbagai-bagai negara dan bangsa;
~ hiburan bentuk sastera yang bertujuan memberikan keseronokan atau hiburan, misalnya yang bertemakan percintaan dan sebagainya;
~ lisan sastera rakyat;
~ rakyat sastera yang berkembang di kalangan rakyat dan disebarkan melalui pertuturan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain, misalnya mitos, lagenda dan mantera. sasterawan
1. orang yang menghasilkan karya sastera (seperti prosa dan puisi), ahli sastera, pengarang, pujangga:
Asas 50 merupakan sebuah gerakan ~ yang progresif;
2. orang yang cerdik pandai, cendekiawan:
memanggil segala ahli nujum dan ~;
kesasterawanan hal (sifat dan sebagainya) yang berkaitan dengan sasterawan:
pengarang harus memiliki keterampilan ~ yang menguasai teknik penulisan dan peka terhadap hal-hal kemanusiaan.
saspens
keadaan teruja, tegang, cemas, bimbang, dan sebagainya ketika menunggu sesuatu berita atau menghampiri sesuatu klimaks:
di samping itu, unsur-unsur ~ juga dimasukkan untuk menjadikan novel ini lebih menarik.
sasian
[Minangkabau];
anak ~ (anak) murid.
sasi II
[Minangkabau] saksi.