seroda

duri dan lain-lain yang dibelitkan pada batang pokok (untuk mencegah daripada dipanjat orang dan lain-lain), serangkak;
seperti memanjat terkena ~ (peribahasa) perihal orang yang mendapat bahaya kerana nafsunya sendiri.

serobot

[Jakarta];

tukang ~ orang yang suka merampas (merebut, mencuri, dan lain-lain) hak orang lain;
main ~ berbuat perbuatan yang melanggar peraturan (tidak sah);

menyerobot
1. mengambil sesuatu dengan melanggar hukum atau peraturan (mencuri, merampas, menyerang, dan lain-lain):
basikal itu diserobot orang;
tunangannya diserobot orang;

2. mengerjakan sesuatu dengan nekad (dengan diam-diam):
ia akan ~ sahaja masuk ke dalam tempat siaran itu;
bola itu diserobot oleh lawannya dari belakang;

3. menggunakan jalan dengan tidak mengendahkan orang lain (peraturan jalan raya dan lain-lain):
jangan suka ~ jalan;

penyerobotan perbuatan menyerobot;

penyerobot orang yang menyerobot.

sero II

[Indonesia] syer, saham;
untung ~ keuntungan yang diperoleh daripada perniagaan dan lain-lain dan dibahagi-bahagikan kepada pemegang-pemegang syer;

perseroan persyarikatan dalam hal perdagangan (perniagaan), perkongsian;
~ terbatas [Indonesia] syarikat berhad;

pesero orang yang mempunyai syer dalam sesuatu badan perniagaan, pemegang syer.

sero I

[Indonesia] pancang-pancang seperti pagar (daripada kayu, buluh, dan lain-lain) yang dipasang di tepi laut untuk menghalau ikan ke tempat yang dikehendaki, kelung, belat betawi.