rumput ~ sejenis tumbuhan (herba), ketumbit akar, rumput anak temot, rumput setawar, rumput sumpu, rumput susur, Borreria articularis.
Author Archives: admin
setana
[bahasa percakapan] istana.
setan
1. [bahasa percakapan] makhluk halus yang jahat (menggalakkan membuat kejahatan), syaitan:
di sini tempat ~ dan iblis bermain;
2. [kiasan] (orang yang) jahat lagi buruk perangainya:
pelajar-pelajar itu ada juga yang ~-~;
3. [bahasa percakapan] kata makian;
mempersetan, mempersetankan tidak mempedulikan (mengendahkan):
rakyat mempersetankan seruan pengkhianat-pengkhianat itu;
kesetanan dirasuk (diganggu) setan;
persetan [bahasa kasar] jahanam:
~lah dengan mesyuarat;
syaitan
setampin
sejenis tumbuhan (pokok renek), merepuh, pulut-pulut bukit, tampin hutan, Mallotus griffithianus.
setambun
sejenis tumbuhan (pokok kecil), Baccaurea parviflora.
setambul
Istanbul;
kopiah ~ terbus;
komedi ~ sejenis sandiwara yang berpindah-pindah, komedi bangsawan.
setambuk
[Indonesia-Belanda] buku daftar yang di dalamnya terdapat nama orang (buku dan lain-lain) secara berurutan yang masuk suatu perkumpulan (kumpulan dan lain-lain);
nombor ~ nombor bilangan (yang terdapat dalam setambuk).
setal II
[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] besi baja.
setal I
[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] kandang kuda;
~ kereta rumah tempat menyimpan kereta.
setakona
astakona.