simposium

pertemuan antara para cendekiawan, pakar, dan sebagainya untuk membincangkan sesuatu persoalan, perkara, dan sebagainya;

bersimposium menghadiri, menyertai atau mengadakan simposium:
memang ada orang yang suka berseminar, berbengkel, ~ dan sebagainya di sana sini.

simpir

merak ~ sejenis langkan (serambi) di perahu;

menyimpirkan mengembangkan atau membentangkan (sayap dan lain-lain);
~ sayap mengembangkan sayap (burung merak).

simpati

1. perasaan belas kasihan, timbang rasa, dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan:
bencana seperti itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dari dalam dan luar negeri;

2. perasaan bersetuju dengan satu menyokong sesuatu idea, pendapat, dan sebagainya bagi tujuan tertentu;

bersimpati menunjukkan simpati, menaruh simpati:
saya sangat ~ dengan nasib malang pelajar dari Bagan Serai itu.

simpatetik

mempunyai atau menunjukkan belas kasihan, bersimpati:
ia melihat Aziz yang sihat, kuat dengan wajah yang ~.

simpang-siur

1. terlalu banyak dan silang-menyilang (jalan raya, kawat telefon, dan lain-lain);

2. terlalu banyak liku-likunya (jalan), berliku-liku;

3. terlalu banyak kesulitan atau keruwatan (kerana berliku-liku, libat-melibat, sangkut-menyangkut, dan lain-lain);

4. bergerak ke sana ke mari (kenderaan di jalan raya), sibuk benar, hilir mudik.

bersimpang-siur bergerak ke sana ke mari, sibuk benar, hilir mudik;

simpang

sesuatu yang melencong atau bercabang dari yang lurus, tempat jalan (sungai dan lain-lain) bercabang atau berpisah dari yang lurus:
sebuah lori berhenti tidak jauh dari ~ empat di pekan itu;
~ belahan
[Minangkabau] sebahagian daripada sesuatu kaum atau cabang kaum (yang berpindah ke tempat lain, yang berjauhan tempatnya);
~ jalan cabang jalan;
~-perenang porak-peranda;

bersimpang
1. bercabang (jalan, sungai, dan lain-lain), berbelah:
di tempat itu jalan tadi ~;

2. [Minangkabau] tidak sehaluan, berlainan (pembawaan dan lain-lain), berbeza (pendapat dan lain-lain);

bersimpangan bertemu tetapi masing-masing dengan haluan sendiri, berselisih jalan;

menyimpang
1. melencong dari arah yang asal, membelok ke jalan lain:
ia tidak terus pulang, tetapi ~ ke rumah kawan-kawannya;

2. membelok (supaya jangan terlanggar), mengelak (dalam perjalanan), menghindar (ke tepi dan lain-lain):
jika ia bertahan kamu sekalian ~;

3. tidak menurut yang betul (ajaran dan lain-lain), menyeleweng (daripada yang ditentukan), sesat:
cara ahli hukum bekerja tidak ~ daripada ketentuan hukum;
istilah yang dibentuk tidak terlalu jauh ~ daripada istilah asal;

menyimpangkan menjadikan menyimpang, membawa menyimpang, memesongkan, menyesatkan;

simpangan (jalan, sungai, dan lain-lain) yang menyimpang, cabang kepada sesuatu (jalan, sungai, dan lain-lain) yang lebih besar;

persimpangan = ~ jalan tempat jalan menyimpang atau bercabang:
kebetulan pada ketika itu saya telah sampai ke ~ jalan balik ke rumah saya;

penyimpangan perihal (perbuatan dan sebagainya) menyimpang (daripada sesuatu):
~ daripada tatabahasa baku bahasa Melayu.

simpan

1. [sastera lama] singkat (cerita, kisah, dan lain-lain), ringkas;
mengambil ~ meringkaskan (cerita dan lain-lain), menyingkatkan;

2. cadangan;
hutan ~ hutan yang dipelihara sebagai cadangan;
tayar ~ tayar cadangan;

bersimpan [sastera lama] berkemas-kemas, bersiap sedia:
maka saudagar pun ~lah hendak membawa saudaranya; pandai makan tak pandai ~ (peribahasa) orang yang tidak pandai menaruh rahsia;

menyimpan
1. menaruh di tempat yang selamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dan lain-lain):
barang itu disimpan dalam stor;

2. menghimpun (wang), menabung:
seorang biasanya ~ sebanyak 15 peratus daripada pendapatannya;

3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dan lain-lain);

4. tidak membuang, membiarkan, mengekalkan:
beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta menambah lagi bilangan tokoh-tokoh yang prokomunis dalam kabinetnya;
dia lebih suka ~ rambut panjang;

5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan):
Mahmud juga ada ~ hati terhadap Ramlah;

6. memegang (rahsia) dengan teguh, merahsiakan;

7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit:
ia ada ~ seorang gundik;

8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mempunyai;

9. mengandungi, memuat:
ubat itu ~ pelbagai khasiat;

10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan:
~ kira-kira;

menyimpankan
1. menyimpan untuk;

2. menyuruh simpan kepada;

tersimpan
1. (sudah) disimpan, terkandung:
kekayaan yang ~ dalam perbendaharaan bahasa;

2. [sastera lama] terserah (terpulang) kepada:
kami sekalian pun tiada akan dapat kami mengubat, ~ pelihara tuan kita;

simpanan
1. sesuatu yang disimpan (wang, barang makanan, dan lain-lain):
wang ~ wang yang disimpan;

2. sesuatu yang disimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dan lain-lain), cadangan;
tentera ~ tentera (bukan tentera biasa) yang dipanggil untuk berkhidmat apabila diperlukan;

3. = tempat ~ = persimpanan tempat menyimpan;

penyimpanan
1. perihal menyimpan;

2. tempat menyimpan (mengumpulkan);

penyimpan orang dan lain-lain yang menyimpan:
akar ~ makanan dinamakan akar cepuk;
~ kira-kira
orang yang memegang kira-kira (perniagaan dan lain-lain).