SSM II

[kependekan] Sistem Saraan Malaysia, iaitu sistem perkhidmatan awam bagi kakitangan kerajaan, yang menggantikan Sistem Saraan Baru mulai 1 November 2002, yang berteraskan kompetensi dalam pengurusan sumber manusia, penilaian tahap kecekapan, serta menggalakkan pembelajaran secara berterusan di kalangan staf.

SSM I

[kependekan] Seri Setia Mahkota (pingat kelas satu dalam Darjah Yang Mulia Seri Mahkota Malaysia, pemegangnya disebut Tun dan isterinya Toh Puan).

SSB

[kependekan] Sistem Saraan Baru, iaitu sistem perkhidmatan awam bagi kakitangan kerajaan Malaysia yang diguna pakai dari 1992 hingga Oktober 2002 yang berasaskan penilaian prestasi individu.

srikandi

1. isteri Arjuna yang gagah berani;

2. [kiasan] wanita yang gagah berani, pahlawan wanita:
kalau perempuan biarlah mewarisi sifat Tun Fatimah, ~ yang bersemangat nasional sejati.