sporozoa

(Biologi) kumpulan protozoa parasit yang membiak dengan menghasilkan spora dan biasanya tidak mempunyai organ gerak alih atau organ pemakanan.

spora

(Biologi) biji-biji sel yang menjadi benih bagi tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga (seperti paku pakis, cendawan, dan lain-lain).

spontan

tidak dengan paksaan, dengan desakan atau gerak hati sendiri sahaja, berlaku atau tercetus dengan sendiri (tidak dengan dipaksa-paksa atau setelah dirancang-rancang):
kita ingin melihat penyair-penyair secara ~ menyuarakan sesuatu yang berfaedah untuk insan sejagat;
penerimaan dan pengertian masyarakat terhadap sesuatu yang baru tidak selalunya ~;

kespontanan keadaan spontan.

spondilosis

(Perubatan) penyakit sendi pada tulang belakang yang menyebabkan sendi tersebut tidak dapat bergerak.

spoiler

aksesori yang biasanya dipasang di atas penutup ruang barang belakang kereta untuk meningkatkan kestabilan semasa kereta bergerak laju.