aedes

(Biologi) sejenis nyamuk, misalnya Aedes aegypti, yang membiak di dalam air bertakung yang menjadi pembawa penyakit demam denggi.

adverba

(Linguistik) kata yang menerangkan kata kerja, kata sifat, atau kata adverba lain.

ADUN III

akronim bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (iaitu wakil rakyat peringkat negeri yang dipilih melalui pilihan raya).

adun II

[sastera lama] elok (kerana berhias):
~-temadun [Minangkabau] indah-indah, berjenis-jenis warnanya;

beradun berdandan, berhias, bersolek:
setelah mandi, puteri pun ~;
baginda makan sirih yang beradun-adun;

mengadunkan mendandankan, menghiasi, mempersolekkan:
~ pengantin;

adunan hiasan, alat berdandan:
sangatlah berkenan kepada hatinya ~ kekasihnya.

adun I

mengadun meramas (menguli) tepung dengan air (santan, susu, dan lain-lain);

mengadunkan mencampurkan atau menggabungkan sesuatu unsur dan lain-lain dengan unsur yang lain:
~ unsur realiti dengan yang bukan realiti;
Kasim Ahmad berbicara tentang perlunya isi yang baik untuk diadunkan dalam teknik sastera yang menarik;

adunan tepung yang telah diadun untuk membuat kuih;

pengadunan proses atau perbuatan mengadun atau mengadunkan sesuatu:
~ warna yang menarik dalam corak yang mempesonakan;

pengadun alat untuk mengadun:
~ warna.

aduk

mengaduk
1. mengacau, mengarau:
tidak perlu ~ atau menggoncang tangki penyumbat setiap masa;
~ gulai;

2. = mengaduk-aduk membongkar-bongkar dengan tidak tentu:
~ buku;

teraduk-aduk kacau (tidak rapi atau kemas), tidak berketentuan (berkenaan (dengan) seperai dan lain-lain);

adukan barang yang (telah) diaduk, campuran (simen dan lain-lain);

aduk-adukan campur aduk;

pengadukan perihal (proses atau perbuatan) mengaduk:
pengacauan boleh dibuat secara ~ atau penggoncangan;

pengaduk alat untuk mengaduk:
sampel dan campuran penyejuk diaduk selalu dengan ~.