aksen

(Linguistik)

1. tekanan suara (bunyi) pada kata atau suku kata;

2. cara seseorang dari sesebuah daerah (negeri dan sebagainya) menyebut kata-kata, loghat, pelat, telor;

3. tanda diakritik;

mengaksenkan menyebut sesuatu kata atau suku kata dengan menekankan suara:
suku kata yang diaksenkan;

pengaksenan perihal atau perbuatan mengaksenkan:
~ sesuatu kata atau suku kata.

aksara

1. huruf;

2. (Komputer) huruf, angka, dan lain-lain yang dapat dilambangkan dengan kod komputer.

akru

terakru
1. (Ekonomi) terkumpul atau bertambah sedikit demi sedikit (berkenaan (dengan) belanja, faedah, aset dan sebagainya):
aset ~;
faedah ~;

2. (Undang-undang) perlu dijelaskan atau diserahkan kepada empunya hak atau tuntutan:
apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen seseorang yang ~ kepada orang itu.

akronim

kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan (mis RISDA, MARA);

mengakronimkan menjadikan bentuk akronim;

pengakroniman perihal atau proses membentuk akronim.

akrobatik

gerakan badan seperti yang dapat dilakukan oleh akrobat:
penjaga gol Jordan itu terpaksa melakukan ~ dalam usaha menyelamatkan pintu golnya.

akrobat

orang yang membuat pertunjukan gerak badan dan sebagainya (di sarkas dan lain-lain) yang memerlukan ketangkasan dan kemahiran (seperti membuat lompatan-lompatan yang sukar, berayun di kayu buaian yang tinggi, berjalan di atas tali yang direntangkan, dan lain-lain).

akrilik

1. berkenaan bahan, pakaian, atau gebar yang dibuat melalui proses kimia;

2. sejenis cat yang digunakan oleh pelukis.

akreditasi

proses kawalan kualiti secara luaran terhadap kursus pengajian dalam sesebuah institusi pendidikan bagi menjamin dan meningkatkan kualiti:
proses ~ ini mampu membawa perubahan kepada institusi pengajian tinggi di negara ini;
Lembaga A~ Negara;

mengakreditasi memberikan akreditasi kepada sesebuah institusi dan sebagainya:
usaha yang rapi sedang dibuat untuk ~ beberapa buah IPTS yang sedia ada.