akuakultur

penternakan atau pemeliharaan hidup-hidupan laut (baik haiwan mahupun tumbuhan) untuk menjadi makanan manusia:
memberi tumpuan kepada pembangunan ~ seperti ternakan kerang (ikan dalam sangkar, udang dalam kolam dan kepah).

akua regia

Kimia) campuran yang sangat mengakis dan terdiri daripada satu isi padu asid nitrik pekat dengan empat isi padu asid hidroklorik pekat.

aku janji

janji atau pengakuan yang menjadi asas untuk melaksanakan sesuatu tindakan (tugas, tanggungjawab, kewajiban dan sebagainya):
mulai tahun depan, ~ akan dikuatkuasakan ke atas seluruh kakitangan awam;
kementerian mengeluarkan surat ~ sebagai syarat kelulusan sebelum guru dibenarkan mengikuti PJJ;

mengaku janji membuat aku janji:
seseorang yang ~ untuk menjalankan kerja pembinaan tanpa didaftarkan sebagai kontraktor berdaftar dianggap melakukan kesalahan.

aku

kata ganti diri pertama (biasa dipakai sewaktu berdoa kepada Tuhan atau di antara orang yang rapat perhubungan mereka, tetapi agak kasar terhadap orang yang perlu dihormati);

beraku memakai kata aku (dalam perbualan dan lain-lain);
~ berengkau

memakai kata aku dan engkau;

beraku-akuan
1. saling memakai kata aku;

2. saling menerima atau berjanji akan setia sebagai (saudara dan sebagainya):
mereka bukanlah sebagai orang asing lagi, malah ~ saudara di dunia dan di akhirat;

mengaku
1. membenarkan sesuatu tuduhan, mengatakan benar (bersalah, keliru, dan lain-lain):
pencuri itu sudah ~;

2. = ~ dirinya mengatakan diri (bodoh, kaya, pandai, dan lain-lain), mendakwa bahawa dirinya (pandai, tidak bersalah dan lain-lain);

3. menanggung, menyanggupi:
siapa yang ~ biayanya?

4. menganggap (sebagai), menerima sebagai:
~ anak;
~ bapak;
~ hartanya;

5. membanggakan (memegahkan) diri:
di mana-mana, ia ~ saja;

mengakui
1. mengaku akan (kesalahan dan lain-lain):
ia ~ segala kesilapannya;

2. menganggap sebagai sah atau sesungguhnya ada (berlaku dan sebagainya), mengiktiraf:
Amerika dan Jepun telah ~ Malaysia;

3. menyatakan berhak ke atas:
jangan kamu ~ ini kepunyaan kamu;

4. memasuki (berkenaan (dengan) syaitan, jin, dan lain-lain):
sakit diakui jin;

memperakui mengesahkan:
lantikan tersebut adalah sah dan diperakui oleh undang-undang;

memperakukan
1. memberikan sokongan (untuk), menyetujui serta menyokong (atau menganjurkan):
dia ~ dua hari cuti;

2. mengemukakan (menyarankan dan sebagainya) sebagai baik (sesuai dan sebagainya):
~ beberapa buah buku untuk diterjemahkan;

teraku diakui:
mazhab Hanafi merupakan salah satu daripada empat mazhab yang ~ dalam agama Islam;

akuan
1. segala sesuatu yang diakui:
~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah;

2. hantu jamuan (yang menolong pawang);
orang ~ orang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau manteranya);

keakuan sifat mementingkan atau berasa megah akan diri sendiri:
kerana ~, ia tidak dapat menerima teguran;

perakuan
1. proses memperakukan sesuatu;

2. sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dan sebagainya):
~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan;

pengakuan
1. perihal (perbuatan, pernyataan) mengaku atau mengakui:
dia telah membuat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan;
~ iman
perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pada Allah;
surat ~ hutang surat yang menyatakan bahawa seseorang berhutang;

2. pengesahan, pengiktirafan;
mendapat ~ mendapat pengesahan.