aku

kata ganti diri pertama (biasa dipakai sewaktu berdoa kepada Tuhan atau di antara orang yang rapat perhubungan mereka, tetapi agak kasar terhadap orang yang perlu dihormati);

beraku memakai kata aku (dalam perbualan dan lain-lain);
~ berengkau

memakai kata aku dan engkau;

beraku-akuan
1. saling memakai kata aku;

2. saling menerima atau berjanji akan setia sebagai (saudara dan sebagainya):
mereka bukanlah sebagai orang asing lagi, malah ~ saudara di dunia dan di akhirat;

mengaku
1. membenarkan sesuatu tuduhan, mengatakan benar (bersalah, keliru, dan lain-lain):
pencuri itu sudah ~;

2. = ~ dirinya mengatakan diri (bodoh, kaya, pandai, dan lain-lain), mendakwa bahawa dirinya (pandai, tidak bersalah dan lain-lain);

3. menanggung, menyanggupi:
siapa yang ~ biayanya?

4. menganggap (sebagai), menerima sebagai:
~ anak;
~ bapak;
~ hartanya;

5. membanggakan (memegahkan) diri:
di mana-mana, ia ~ saja;

mengakui
1. mengaku akan (kesalahan dan lain-lain):
ia ~ segala kesilapannya;

2. menganggap sebagai sah atau sesungguhnya ada (berlaku dan sebagainya), mengiktiraf:
Amerika dan Jepun telah ~ Malaysia;

3. menyatakan berhak ke atas:
jangan kamu ~ ini kepunyaan kamu;

4. memasuki (berkenaan (dengan) syaitan, jin, dan lain-lain):
sakit diakui jin;

memperakui mengesahkan:
lantikan tersebut adalah sah dan diperakui oleh undang-undang;

memperakukan
1. memberikan sokongan (untuk), menyetujui serta menyokong (atau menganjurkan):
dia ~ dua hari cuti;

2. mengemukakan (menyarankan dan sebagainya) sebagai baik (sesuai dan sebagainya):
~ beberapa buah buku untuk diterjemahkan;

teraku diakui:
mazhab Hanafi merupakan salah satu daripada empat mazhab yang ~ dalam agama Islam;

akuan
1. segala sesuatu yang diakui:
~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah;

2. hantu jamuan (yang menolong pawang);
orang ~ orang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau manteranya);

keakuan sifat mementingkan atau berasa megah akan diri sendiri:
kerana ~, ia tidak dapat menerima teguran;

perakuan
1. proses memperakukan sesuatu;

2. sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dan sebagainya):
~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan;

pengakuan
1. perihal (perbuatan, pernyataan) mengaku atau mengakui:
dia telah membuat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan;
~ iman
perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pada Allah;
surat ~ hutang surat yang menyatakan bahawa seseorang berhutang;

2. pengesahan, pengiktirafan;
mendapat ~ mendapat pengesahan.

berkongsi