~-belai bujukan, cumbuan.
Author Archives: admin
alai II
~-balai;
halai-balai.
alai I
1. sejenis tumbuhan (pokok), beka, bereksa, gedayung, kedaung, Parkia javanica;
2. sejenis tumbuhan (pokok), batai, jemerelang, sena laut, Peltophorum dasyrachis.
alahai
[kata seru] kata untuk menyatakan rasa terkilan, kesal, dan sebagainya;
~, anak emak!
al-Ahad
[Arab] Yang Maha Tunggal (satu daripada 99 nama Allah).
alah IV
[kata seru] kata untuk menyatakan kesal atau rasa tidak senang (menunjukkan keberatan, ketika memujuk atau menggesa, dan lain-lain):
~ , menyusahkan aku saja !;
~, janganlah begitu !;
~ mak !
alah III
mengalah membendung (sungai untuk mengambil ikan), menebat, mengempang;
alahan
1. parit-parit yang dikeringkan, bekas alur sungai;
2. bendungan, empangan, tebat.
alah II
sensitif terhadap sesuatu jenis makanan (ubat dan lain-lain) hingga boleh menimbulkan kesan yang tidak baik pada kesihatan seseorang:
~ terhadap penisilin;
alahan perihal alah, keadaan alah, alergi.
alah I
kalah, tewas:
tidak diketahui siapa yang ~ dan siapa yang menang;
~ bisa tegal (kerana) biasa (peribahasa) segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa;
~ limau oleh benalu (peribahasa) orang yang lama terdesak oleh orang yang baru;
~ mahu bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar (peribahasa) dikatakan kepada orang yang tidak menepati janji hingga bergaduh;
~ membeli menang memakai (peribahasa) tidak apalah mahal sedikit harganya, asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya);
~ menang tak tahu, bersorak boleh (peribahasa) dikatakan kepada orang yang tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yang akan kalah;
~ sabung menang sorak (peribahasa) biarpun kalah, namun cakap masih besar;
tak bertepat janji, tak berteban taruh, tak bertangkap, mengamang-ngamang ~ di darat sahaja (peribahasa) peperangan (atau perkelahian) yang tidak mempunyai tipu daya akan alah percuma sahaja;
beralah, mengalah tidak mahu mempertahankan (hak, pendirian, dan lain-lain), dengan sengaja (atau pura-pura) kalah:
tidak semestinya orang yang ~ itu kalah;
beralahan;
tidak ~ tidak ada yang kalah (dalam pertandingan), seri;
mengalahi
1. mengalah kepada;
alah-~ saling mengalah;
2. menaklukkan, mengatasi:
suratan ~ segala-galanya;
mengalahkan menaklukkan, menundukkan, melebihi:
dengan kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya;
teralahkan dapat atau boleh dialahkan:
memang bapak anak jantan tak ~ badai;
alahan
1. yang sudah dialahkan;
2. biasa kalah;
3. kekalahan apabila (sewaktu) berjudi;
kealahan perihal alah, kekalahan, ketewasan;
peralahan kemenangan, perampasan;
pengalahan perihal (perbuatan) mengalahkan.
alaf
[Arab]
1. seribu, alfu;
2. masa yang lamanya 1000 tahun, seribu tahun, milenium;
~ baru tempoh masa selepas alaf terdahulu. al-Afu (al-Afuw) [Arab] Yang Maha Pemaaf (satu daripada 99 nama Allah).