alah I

kalah, tewas:
tidak diketahui siapa yang ~ dan siapa yang menang;
~ bisa tegal (kerana) biasa
(peribahasa) segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa;
~ limau oleh benalu (peribahasa) orang yang lama terdesak oleh orang yang baru;
~ mahu bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar (peribahasa) dikatakan kepada orang yang tidak menepati janji hingga bergaduh;
~ membeli menang memakai (peribahasa) tidak apalah mahal sedikit harganya, asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya);
~ menang tak tahu, bersorak boleh (peribahasa) dikatakan kepada orang yang tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yang akan kalah;
~ sabung menang sorak (peribahasa) biarpun kalah, namun cakap masih besar;
tak bertepat janji, tak berteban taruh, tak bertangkap, mengamang-ngamang ~ di darat sahaja (peribahasa) peperangan (atau perkelahian) yang tidak mempunyai tipu daya akan alah percuma sahaja;

beralah, mengalah tidak mahu mempertahankan (hak, pendirian, dan lain-lain), dengan sengaja (atau pura-pura) kalah:
tidak semestinya orang yang ~ itu kalah;

beralahan;
tidak ~ tidak ada yang kalah (dalam pertandingan), seri;

mengalahi
1. mengalah kepada;
alah-~ saling mengalah;

2. menaklukkan, mengatasi:
suratan ~ segala-galanya;

mengalahkan menaklukkan, menundukkan, melebihi:
dengan kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya;

teralahkan dapat atau boleh dialahkan:
memang bapak anak jantan tak ~ badai;

alahan
1. yang sudah dialahkan;

2. biasa kalah;

3. kekalahan apabila (sewaktu) berjudi;

kealahan perihal alah, kekalahan, ketewasan;

peralahan kemenangan, perampasan;

pengalahan perihal (perbuatan) mengalahkan.

berkongsi