alotrop

(Kimia) pelbagai bentuk sesuatu unsur yang menunjukkan ciri alotropi (mis karbon mempunyai alotrop grafit, intan, dan karbon amorfus).

alopesia

(Perubatan) ketiadaan rambut atau bulu pada kawasan kulit yang biasanya berambut atau berbulu.

alopati

kaedah merawat penyakit dengan cara mencetuskan keadaan yang berbeza daripada punca sebenar yang menyebabkan penyakit berkenaan.

alonim

nama lain bagi seseorang atau sesuatu, misalnya Mat adalah alonim bagi Muhammad.

along II

[bahasa percakapan] orang yang memberikan pinjaman wang secara haram dan mengenakan bunga yang sangat tinggi, dan biasanya akan bertindak ganas sekiranya pinjaman tersebut tidak dibayar.

alokasi

[Indonesia-Belanda] penentuan banyaknya barang dan lain-lain yang disediakan untuk sesuatu tempat (pembeli dan lain-lain), peruntukan.