alperes I

(Portugis) [sastera lama] leftenan muda, pegawai rendah:
adapun si Talib itu peranakan Minangkabau jadi ~ di dalam negeri Bantan.

alpaka

sejenis haiwan mamalia di Amerika Selatan yang rupanya seakan-akan llama dan bulunya yang panjang dapat dijadikan bahan pakaian, Lama pacos.

alpa

lalai, kurang mengendahkan;
janganlah ~ akan kewajibanmu janganlah lalai akan kewajibanmu;

mengalpakan melalaikan, mengabaikan, melupakan:
~ kewajiban;

kealpaan kelalaian, kelengahan:
harap dimaafkan ~ saya.

alotropi

(Kimia) kewujudan sesuatu bahan (seperti karbon, sulfur, mangan, dan lain-lain) dalam pelbagai bentuk dengan sifat fizik dan kimia yang berbeza.