marah:
tidak dapat menahan nafsu ~.
Author Archives: admin
amar II
gelaran:
Seri A~ Diraja.
amar I
[Arab] perintah, suruhan (Tuhan, raja):
menurut ~ Allah;
~ makruf (nahi mungkar) perintah supaya mengerjakan perbuatan atau amalan yang baik (dan menjauhi perbuatan atau amalan yang jahat);
mengamarkan memerintahkan, menyuruhkan;
amaran
1. perintah, suruhan;
2. peringatan (yang keras):
membuang kerja dengan tidak memberi ~ terlebih dahulu;
~ lisan peringatan keras yang diberikan secara lisan (tidak menerusi surat rasmi).
amanuensis
[Indonesia-Belanda] pembantu yang ahli dalam makmal kimia atau fizik (terutama di sekolah).
amansari
sejenis penganan yang dibuat daripada kacang hijau dan nyiur.
amangkurat
[Jawa] amangku buana (gelaran Sultan Mataram).
amangku
[Jawa] yang menjaga, yang memelihara;
A~ Buana yang menjaga dunia (gelaran Sultan Jogjakarta);
= mangku.
amang II
mengamang, mengamang-amang, mengamangi menakuti (dengan mengacukan senjata), mengancam, menggugat:
diambilnya kerisnya lalu diamanginya lawannya.
amang I
tahi bijih timah, kotoran pada bijih timah dan lain-lain:
kurang elok karangnya kerana banyak ~ di dalamnya;
~ bijih.
amanat
[Arab]
1. pesanan, wasiat, nasihat:
itulah ~ orang tuanya kepadanya;
penentuan itu diterima oleh orang-orang Islam sebagai suatu ~ Khalifah yang wajib ditaati;
2. amanah;
beramanat menyampaikan (memberikan, meninggalkan) pesan, berpesan;
mengamanatkan memberikan amanat kepada, menyampaikan pesanan, menasihati:
Perdana Menteri ~ rakyat supaya bertekun menghadapi segala kesulitan.