ambin

kain (tali dan lain-lain) untuk menggendong barang atau mengikat anak yang digendong;

berambin;
~ lutut duduk dengan lutut diikat dengan tali yang dikalungkan di leher;

mengambin menggendong dengan ambin;

ambinan barang yang diambin, gantungan.

ambil alih

mengambil alih menggantikan orang atau pihak lain mengendalikan (menguasai dan sebagainya) sesuatu;

pengambilalihan hal (perbuatan, tindakan) mengambil alih:
~ tanah daripada petani telah dibuat.

ambil

jangan ~ berat jangan pedulikan sangat;
tidak ~ pusing tidak peduli;

ambil-mengambil, berambil-ambilan
1. saling mengambil, saling menerima;

2. = seambilan kahwin-mengahwini (antara dua keluarga, kaum, dan lain-lain);

mengambil
1. memegang (memungut, memetik, dan lain-lain) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dan lain-lain, menerima dan menyimpan sesuatu:
dia ~ surat yang saya berikan itu dan menyimpannya di dalam laci;

2. memegang dan menarik dan sebagainya keluar (dari saku, beg, dan lain-lain):
~ wang dari kocek;
dia ~ sebentuk cincin dari kotak itu;

3. pergi ke sesuatu tempat dan kembali dengan membawa sesuatu atau seseorang yang dikehendaki (diperlukan dan sebagainya), mendapatkan atau memperoleh (sesuatu yang diperlukan):
~ rotan di hutan;
~ air di perigi;
dia ke hospital untuk ~ ubat;
pergi ke sekolah untuk ~ anak;

4. memperoleh (membawa pergi dan sebagainya) sesuatu kepunyaan orang tanpa pengetahuannya atau dengan tidak mendapatkan kebenarannya:
siapa agaknya yang telah ~ fail yang terletak di atas meja itu tadi?

5. menerima seseorang dalam sesuatu hubungan yang tertentu:
dia sedia ~ Milah sebagai isterinya;
~ Ahmad sebagai rakan kongsi
perniagaan;

6. menuliskan (keterangan, penjelasan, dan sebagainya), mencatatkan:
seorang pegawai polis sedang ~ keterangan daripada beberapa orang yang menyaksikan kejadian itu;

7. mengurangi:
delapan diambil dua menjadi enam;

8. menerima (untuk belajar, bekerja, dan sebagainya):
syarikat itu akan ~ lebih ramai lagi pekerja bumiputera;

9. mempelajari, mengikuti:
seseorang pelajar dikehendaki ~ sekurang-kurangnya empat mata pelajaran;

10. menerima atau meniru (unsur kebudayaan asing dan lain-lain):
kalau mereka berbahasa Melayu, mungkin juga mereka akan ~ cara hidup Melayu;

11. menggunakan atau memenuhi (ruang, tempat, masa, dan lain-lain):
kisah perbicaraan itu ~ ruang melebihi dua halaman;
~ akan saudara menganggap seperti saudara;
~ anak
a) memungut anak, mengambil untuk dijadikan anak;
b) (Sumatera) peraturan perkahwinan dengan si isteri tidak perlu keluar dari rumah orang tuanya;
~ angin menghirup hawa yang baik;
~ bahagian turut serta, menyertai;
~ bena peduli, mengambil endah;
~ berat memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa (kpada atau terhadap sesuatu atau seseorang);
~ berkat mengambil tuah atau pengaruh baik (daripada orang tua, orang suci, dan lain-lain);
~ contoh = ~ ibarat
a) memberi sebagai umpama;
b) mencontohi;
~ di hati = ~ ke hati memasukkan di hati;
~ gambar membuat (menghasilkan) gambar dengan menggunakan kamera;
~ haluan menentukan haluan, mengarah;
~ hati
a) memikat hati;
b) berasa tersinggung, berasa kecil hati;
~ ingatan memasukkan ke dalam ingatan;
~ jalan mengikuti (menempuh) sesuatu jalan;
~ keputusan memutuskan, menentukan;
~ kesempatan = ~ peluang menggunakan kesempatan (dengan sebaik-baiknya);
~ kira mempertimbangkan, memperhitungkan;
~ langkah
a) mulai hendak berjalan (berlari, melompat, dan lain-lain);
b) mulai bertindak;
~ masa menggunakan (memerlukan, memakan) masa;
~ menantu menjadikan menantu;
~ muka berbuat sesuatu dengan maksud supaya dipuji;
~ nyawa menyebabkan mati, mematikan;
~ oper [Indonesia] menerima daripada orang lain (untuk dipakai, diberi, dan lain-lain);
~ panjang
a) menjadikan urusan panjang;
b) memaafkan kesalahan-kesalahan;
~ peduli = ~ pusing mempedulikan, menghiraukan;
~ pekerja (kakitangan, pegawai) menerima atau mendapatkan pekerja (kakitangan, pegawai) baru;
~ ringkas (simpan, singkat) meringkaskan, mengikhtisarkan;
~ semangat menarik semangat daripada badan orang (berkenaan (dengan) bomoh dan lain-lain);
~ sempena mengambil berkat (dr), di samping terdapatnya (berlakunya dan sebagainya) sesuatu yang baik;
~ senang menganggap senang (mudah) sahaja;
~ tahu mencari maklumat (khabar) berkenaan sesuatu, mengetahui;
~ tanah
a) = ~ kota = ~ negeri merampas (tanah, kota, negeri);
b) upacara dalam perayaan Hassan Husain;
~ teladan mencontohi, mengambil contoh;
~ tindakan mulai bertindak;
~ ujian
a) menduduki sesuatu ujian (peperiksaan di sekolah, ujian memandu kereta, dan lain-lain);
b) [Indonesia] memberi peperiksaan, memeriksa (guru dan lain-lain);
~ untung memperoleh (mendapatkan) keuntungan daripada sesuatu jualan;
~ upah mengerjakan (melakukan) sesuatu untuk orang lain dengan atau untuk mendapat upah;

mengambilkan mengambil untuk:
ia ~ anaknya buah-buahan;

ambilan yang diambil, sesuatu (hasil) yang diambil:
temasya Safar ialah ~ daripada adat Hindu;
salah ~
salah sangka;

pengambilan
1. perbuatan (usaha, cara, dan sebagainya) mengambil, pemungutan, pengutipan:
kita terpaksa menambah ~ orang-orang baru;

2. pendapat, pengetahuan;
sepanjang ~ saya sepanjang pengetahuan saya;

pengambil orang yang mengambil;
~ bahagian orang yang mengambil bahagian, peserta.

ambiguiti

kesamaran yang memungkinkan dua atau beberapa tafsiran, ketaksaan:
puisi-puisi M. Ghazali misalnya dianalisis oleh Shahnon melalui kecenderungan ~ yang ketara.

ambi

[Kelantan] hati-hati, ingat-ingat;

berambi berhati-hati, beringat-ingat.