ameboid

(Biologi) berkaitan dengan atau menyerupai ameba, sama ada dari segi bentuk, struktur atau pergerakan.

ameba

(Biologi) sejenis hidupan satu sel yang senantiasa berubah bentuknya, terdiri daripada berbagai-bagai jenis (hidup dalam air atau juga dalam tubuh binatang dan manusia sebagai parasit).

ambur II

[Brunei] tabur, hambur;
padi ~ sejenis padi yang ditanam secara dihambur atau ditabur benihnya.

ambung II

mengambung, mengambungkan
1. melambungkan, melemparkan ke atas:
~ bola;

2. mengumbang-ambingkan:
kapal itu diambung-ambungkan gelombang seperti tempurung;
~ diri

a) menghempaskan diri;
b) meninggikan diri, menyombong;

3. = mengambung-ambungkan mengangkat-angkat, menyanjung-nyanjung, memuja-muja:
suka diambung-ambungkan orang.

ambung I

keranjang atau karung yang digunakan untuk membawa barang di atas belakang;
masuk ~ tak masuk bilang (peribahasa) kalau mengerjakan sesuatu yang besar, yang kecil-kecil tidak diperhatikan;

mengambung membawa dengan ambung.

ambulan

(Perubatan) berupaya untuk berjalan, bukan setakat terbaring sahaja (berkenaan (dengan) pesakit).