amfibia

jenis binatang berdarah sejuk (seperti katak) yang hidup di dalam air pada peringkat awal hayatnya dan di darat kemudiannya (setelah besar);
kapal terbang ~ kapal terbang yang dapat mendarat di air dan di darat;
kereta kebal ~ kereta kebal yang dapat berjalan di darat dan di air.

Amerika

= ~ Syarikat negara di Amerika Utara yang ibu negaranya Washington D.C;

mengamerikakan membuat, menyebabkan, atau menjadikan seseorang atau sesuatu mempunyai (mengikut, menyerap dan sebagainya) ciri atau nilai hidup (budaya, adat dan sebagainya) Amerika:
beliau menyifatkan sebarang penarikan semula sekatan senjata akan ~ konflik di negara Balkan itu;

keamerikaan hal yang berkaitan dengan ciri-ciri (nilai, amalan, adat, dan sebagainya) kehidupan, budaya dan sebagainya orang Amerika:
sarjana sastera di Amerika Syarikat kini lari kepada teori yang berkembang di Eropah dengan meninggalkan ~ yang melekat pada ideologi baru;

pengamerikaan perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) mengamerikakan:
ini bukanlah bermakna bahawa proses ~ tidak ditanggap sebagai ancaman kepada identiti budaya pada satu-satu tahap.

Amerikanisme (amrikanisme) budaya (amalan hidup) orang Amerika Syarikat.

amendemen

[Indonesia] usul pindaan rang undang-undang yang dibahaskan dalam parlimen dan lain-lain.

amen

mengamen [Jakarta] berjalan dari rumah ke rumah sambil bernyanyi dan bermain muzik:
dia pergi ~;

pengamen orang yang mengamen:
ia temui satu rombongan ~ keroncong.

ameliorasi

(Linguistik) perubahan makna sesuatu kata daripada makna yang kurang elok kepada makna yang lebih baik, misalnya canggih yang dahulunya bermakna terlalu banyak bercakap berubah kepada moden dan hebat.