sejenis ikan laut, gerepoh, Caranx ignoblis.
Author Archives: admin
amung
[Jawa];
teramung satu-satunya, tunggal:
saudara yang ~.
amuk
beramuk
1. = mengamuk;
2. [sastera lama] = beramuk-amuk bertempur (berjuang, bertarung, dan sebagainya) menentang musuh, bertikam:
maka segala hulubalang Melayu pun tampil pula ~ dengan Feringgi;
3. berkecamuk, kacau, bergelora;
~ fikirannya kacau fikirannya;
beramuk-amukan saling beramuk (bertarung), bertempur-tempuran, bertikam-tikaman;
mengamuk
1. menyerang dengan membabi buta (kerana sangat marah, gelap mata, dan lain-lain) dan membunuh atau mencederakan sesiapa saja yang ditemui:
orang yang ~ itu akhirnya tertangkap;
2. [kiasan] berkecamuk, menjadi-jadi, menghebat:
taufan ~;
penyakit taun ~;
di sana sini guntur ~;
3. membuat kacau (mengganggu orang ramai dan sebagainya) dengan hebatnya, merajalela (menimbulkan kekacauan):
orang minyak ~ lagi;
4. membentak-bentak, marah-marah (secara kasar):
minta duit pada emaknya, kalau tak dapat, ~;
mengamukkan menyuruh (membiarkan) mengamuk:
~ tentera dengan musuh;
pengamukan perihal (perbuatan dan lain-lain) mengamuk atau mengamukkan;
pengamuk orang yang mengamuk (menyerang orang dan lain-lain).
amuh
[Minangkabau] [arkaik] mahu, suka.
amtenar
[Indonesia-Belanda] pegawai.
amsal
[Arab] (jamak bagi misal) seperti, umpama.
amril
kertas empelas.
amra II
(Sanskrit)
1. sejenis mempelam (rupanya seperti kedondong);
2. kedondong;
~ jangan disangka kedondong (peribahasa) sebelum kita mencuba janganlah kita sangka sesuatu itu buruk kerana rupanya saja.
amra I
[bahasa percakapan] tukang (pandai) senjata.
amputasi
(Perubatan) pemotongan sebahagian anggota badan seperti kaki atau tangan, dalam sesuatu pembedahan akibat penyakit atau kecederaan teruk.