~ batu sejenis tumbuhan (pokok), Polychroa javanica;
akar ~ hantu sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kemunting (bukit), senduduk halus, Anplectrum divaricatum.
Author Archives: admin
cambahan
munculnya, terbitnya, lahirnya:
dia tersenyum, diulit ~ bibit kelegaan di hatinya;
percambahan perihal bercambah (biji benih):
keinginan untuk mencegah ~ senjata nuklear;
pencambahan perbuatan mencambahkan;
= kecambah.
cambah
1. tumbuhan yang baru keluar dari biji benih dan sebagainya;
~ kelapa tumbuh kelapa, tombong kelapa;
2. [Kelantan], [Terengganu] tauge;
bercambah
1. mula tumbuh (berkenaan (dengan) biji benih dan sebagainya);
2. mempunyai cambah;
3. muncul, terbit, lahir:
Minah menjeling tajam, kemudian ~ juga sebuah senyuman di bibirnya;
usianya yang mendekati empat puluhan dan masih membujang itu membuatkan ~ suatu harapan;
4. ada banyak, ada (terdapat) di merata-rata tempat:
di surau dan madrasah yang ~ di tanah air kita ini;
mencambahkan menjadikan bercambah:
~ biji benih;
camau
sejenis tumbuhan (pokok yang daunnya digunakan untuk menghapuskan merah-merah pada kulit dan akarnya untuk mengubat kencing nanah), cakmau, Dracaena angustifolia.
camat
[Indonesia] pegawai daerah (kecil), penolong pegawai daerah, asisten wedana;
kecamatan
1. daerah yang diketuai oleh camat;
2. pejabat camat.
camar II
[Minangkabau] sangat gemar (makan), lahap.
camar I
sejenis burung, Sterna hirundo;
~ besar berjambul sejenis burung, Sterna bergii;
~ hitam sejenis burung, Childonias niger;
~ jambu sejenis burung, Sterna dougallii;
~ kecil sejenis burung Sterna albifrons.
cam
= mengecam kenal atau ingat kembali rupa dan sebagainya seseorang atau sesuatu yang telah dilihat atau didengar sebelumnya;
mengecamkan
1. memerhatikan (seseorang atau sesuatu) dengan sungguh-sungguh (supaya dapat mengenalinya atau ingat akannya kemudian), mengamat-amati (supaya tidak lupa kelak):
camkanlah apa yang sedang berlaku itu;
2. mengingati, meyakini:
camkan bahawa larutan itu menjadi panas semasa gas itu larut;
3. mengesan, mengetahui:
bau binatang yang jauh dapat dihidunya dan dicamkannya di mana adanya binatang itu;
pengecaman perihal atau perbuatan mengecam(kan), pengamatan.
calung
1. bekas yang dibuat daripada buluh untuk mengambil air;
2. pencedok air (minyak dan lain-lain);
3. bekas menakung susu getah, cawan getah.
calui
[Cina] [bahasa percakapan] makan duit, makan suap.