calu

(Hindustan) pelayaran tetap yang berulang-alik (berkenaan (dengan) kapal).

calon

1. orang yang akan, atau dicadangkan untuk, menjadi, bakal pemegang sesuatu jawatan (seperti bakal pegawai dan lain-lain);
~ guru orang yang sedang dididik untuk menjadi guru;
~ menantu bakal menantu;

2. orang yang dicadangkan supaya dipilih menjadi wakil rakyat (ketua, pengerusi, dan lain-lain):
semua ~, walau apa keturunan sekalipun, akan diberi layanan yang sama dalam pilihan raya Persekutuan; ~ bebas seseorang yang bertanding dalam pilihan raya tanpa mewakili mana-mana parti politik;

3. orang yang akan mengambil peperiksaan atau ujian;

mencalonkan mencadangkan nama seseorang untuk dipilih, mengemukakan sebagai calon;

pencalonan perihal atau perbuatan mencalonkan, pengemukaan nama seseorang sebagai calon:
Yang di-Pertuan Agong boleh dipilih semula dengan syarat semua Raja Melayu yang lain menolak ~ untuk jawatan tersebut;

pencalon orang (pihak) yang mencalonkan atau mengemukakan calon:
~ hendaklah mengemukakan satu nama sahaja.

calit

1. tanda seperti cat (kapur dan lain-lain) yang telah disapukan atau dipalitkan sedikit, palit;

2. [bahasa percakapan] tanda berbentuk V pada pakaian seragam anggota polis atau tentera yang menunjukkan pangkat (hingga ke taraf sarjan sahaja):
dengan satu ~ di lengan, saya mula berasa selesa memakai pakaian seragam;
~ api
mancis api, gores api;

bercalit kotor kerana kena sesuatu seperti lumpur dan sebagainya, berpalit;

mencalit menyapu, menggores:
kedengaran orang ~ mancis api dari dalam bilik;

mencalitkan memalitkan, menggoreskan:
dicubanya ~ cat yang sudah dicampurnya itu di atas sehelai kertas;
~ arang ke muka
(peribahasa) mencemarkan nama baik seseorang (mengaibkan).

calik

[Minangkabau] pandang, lihat;

bercalik-calikan berpandang-pandangan;

mencalik memandang, melihat;

pencalikan pemandangan, pelihatan.