cantik I

sangat menarik apabila dipandang (berkenaan (dengan) orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dan lain-lain), sangat elok (bagus, molek):
gadis yang ~;
barang-barang perhiasan yang ~;
bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dengan ikhlasnya;

bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek;

mencantikkan menjadikan cantik;

mempercantik menjadikan makin cantik;

kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dan lain-lain), kemolekan, keindahan;

pencantik yang menjadikan (kelihatan) cantik, yang mencantikkan:
cairan ~ yang luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek.

cantel

[Jawa];

jarum (peniti) ~ jarum penyemat;

mencantelkan menyangkuntukan;

cantelan tempat menyangkuntukan sesuatu, sangkutan.

cantas

bercantas (telah) dicantas:
pokok-pokok hiasan yang sudah ~ itu kini kelihatan lebih kemas;

mencantas
1. memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala, dan lain-lain);

2. [kiasan] memotong atau mengurangkan sesuatu (seperti perbelanjaan) yang tidak perlu atau berlebihan:
perbelanjaan yang tidak perlu terpaksa dicantas kerana kurangnya pendapatan yang dijangkakan pada tahun depan;

3. [kiasan] mengeluarkan atau menggugurkan sesuatu daripada senarai tertentu:
namanya dicantas daripada senarai pemain bola sekolah;

tercantas
1. dicantas dengan tidak sengaja, terpangkas:
banyak anak pokok durian di dalam semak itu yang ~ semasa kerja menebas dibuat;

2. [kiasan] dikeluarkan atau digugurkan daripada senarai (kumpulan, pasaran dan sebagainya):
namanya ~ daripada senarai peserta yang terpilih;

cantasan hasil mencantas;

pencantasan proses (perbuatan, kerja dan sebagainya) mencantas:
~ pokok pagar itu baru sahaja selesai;

pencantas
1. orang yang mencantas;

2. alat untuk mencantas sesuatu (ranting, kayu dan lain-lain).

canselor

1. ketua kehormat sesebuah universiti;
naib ~ ketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti;

2. ketua kerajaan di beberapa buah negara Eropah (seperti Jerman, Austria, dan lain-lain).

cangut

menonjol dalam keadaan menghereng (seperti hulu keris yang terselit di bengkung).

canguk

mencanguk, tercanguk duduk (berdiri dan lain-lain) dengan kepala dan leher tertunduk ke depan;

= languk.

cangkup

mencangkup memakan dengan memasukkan atau melemparkan makanan ke mulut dengan tangan.