menceria mendidik, memelihara.
Author Archives: admin
ceria II
ucapan (kata-kata) tertentu (sebagai jampi) yang dibaca sewaktu menabalkan raja, kata-kata yang merupakan adat kebiasaan yang diucapkan kepada raja (sebagai menyatakan kesetiaan).
ceria I
1. bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu):
ruang pejabat kelihatan ~ setelah dihiasi dengan pokok bunga;
2. riang, gembira (perwatakan):
dia begitu ~ hari ini setelah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tersebut;
3. menarik (pakaian dan lain-lain):
pakaian yang dipakainya kelihatan ~ sesuai dengan tubuh badannya yang langsing;
4. [sastera lama] tidak bernoda, suci, murni;
ceri III
1. sejenis tumbuhan (pokok yang buahnya berwarna merah, kuning, atau hitam yang biasanya dimakan mentah atau diawet dan digunakan untuk membuat biskut, kek, dan sebagainya), Prunus spp.;
2. sejenis tumbuhan, kekut, kerkuk, kerkup siam, Muntingia calabura.
ceri II
= ceria II.
ceri I
gelang ~ sejenis gelang (daripada kaca).
cergas
1. bertenaga dan giat (berkenaan (dengan) orang, tubuh, otak, dan sebagainya), aktif:
Aminah kanak-kanak yang ~;
2. pantas, cepat:
mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah;
3. banyak menjalankan atau terlibat dalam kegiatan dan sebagainya, giat, aktif:
mengambil bahagian ~ dalam aktiviti sukan sekolahnya;
sebuah jawatankuasa yang ~;
4. banyak kegiatannya menjual dan membeli (berkenaan (dengan) pasaran saham);
5. (masih) mengeluarkan wap dan lahar (berkenaan (dengan) gunung berapi), aktif:
gunung berapi Etna masih ~;
mencergaskan
1. menjadikan cergas (tubuh, otak, dan sebagainya):
senaman boleh ~ otak;
2. menjadikan cergas (pantas, cepat), memantaskan, mencepatkan:
mereka ~ pergerakan kaki dan tangan dalam latihan itu;
3. menjadikan cergas (giat, aktif), menggiatkan, mengaktifkan:
~ kembali pergerakan Persatuan Belia di kampungnya;
4. menjadikan cergas (pasaran saham), membanyakkan kegiatan menjual dan membeli saham;
kecergasan
1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dan sebagainya):
menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari;
2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan:
~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu;
3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan:
~nya dalam pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan;
4. perihal cergas (pasaran saham);
5. perihal cergas (berkenaan (dengan) gunung berapi), keaktifan.
cerewet
1. banyak cakap (ada sahaja yang tidak kena), suka berleter (mencela, bersungut, dan lain-lain):
kalau sudah terlalu ~, tentulah anaknya keluar dari rumah itu;
2. berselok-belok dan memerlukan banyak kerja yang kecil-kecil (berkenaan (dengan) pekerjaan dan lain-lain), kalut, ruwet:
orang sekarang kurang membuat lemang kerana kerjanya ~ sangat;
ceretet
[Kedah] berceretet berderet (benda, orang):
budak-budak itu duduk ~.
ceretek
berceretek berselerak: kadang-kadang sambil menyepak tong-tong yang ~ di jalanan, dia terfikir juga kebodohannya.