~ biru (Ekonomi) saham mewah.
Author Archives: admin
cip II
= mikrocip.
cip I
bunyi seperti bunyi burung pipit dan lain-lain, ciak, ciap;
bercip–cip berbunyi cip-cip.
ciok
[arkaik] bunyi seperti bunyi burung, ciak, ciap.
cintuh
= sentuh.
cintan
[bahasa percakapan] cinta.
cintamula
sejenis tumbuhan (pokok), geronggang semut, Ouratea crocea.
cintamani
[sastera lama]
1. sejenis permata bertuah yang boleh menolong tercapainya cita-cita;
2. = ular ~ sejenis ular yang mendatangkan kebahagian kepada orang yang mendapatnya (terutama orang yang sedang berada dalam alam percintaan).
cinta
1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada (negara, orang tua, kebebasan, dan lain-lain):
walaupun ~nya kepada keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi;
2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan:
~ kepada suaminya masih tinggal bersarang dalam hati;
barangkali kau masih ~ pada tunanganmu;
3. [sastera lama] perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dan lain-lain):
tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya;
4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu:
putera raja itu amat sangat ~ akan burung yang dilihatnya itu;
~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk);
~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang);
~ monyet cinta yang hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja;
~ pandang pertama cinta yang timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya;
cintakan cinta akan, mencintai;
bercinta
1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan:
elakkan daripada ~ sebelum lulus pelajaran;
2. berasa rindu;
3. [kiasan] berat rasa hati untuk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yang kurang menyenangkan):
kami sangat ~ untuk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yang sangat sesak;
bercintakan
1. menaruh cinta atau kasih kepada, berahi kepada:
sebagai laki-laki yang ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit;
2. berperasaan rindu akan, ingin akan:
ia ~ benda yang sukar diperoleh;
3. [sastera lama] berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu:
tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja;
janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu;
bercinta-cintaan
1. cinta-mencintai, berkasih-kasihan:
baru hendak ~ dengan seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina;
2. bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan):
sebelum hari malam, dia ~ dengan tunangannya;
mencinta
1. menaruh cinta atau kasih (kepada);
2. [sastera lama] berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal;
mencintai
1. mengasihi, menaruh cinta pada:
ia ingin ~ dan dicintai;
2. merindukan (hendak memperoleh sesuatu dan lain-lain), mengharap-harapkan, menginginkan:
tidak ada orang yang tak ~ duit;
tercinta (yang) dicintai (dikasihi, disayangi):
engkau pisahkan aku dari anakku yang ~;
kecintaan
1. perasaan cinta, kasih, kesayangan:
yang mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yang diikat oleh kesetiaan;
seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kepada bahasa kebangsaan;
2. yang dicintai (dikasihi), kekasih:
pemuda ~nya bekerja sebagai wartawan;
3. [sastera lama] kerinduan kesedihan, kebimbangan;
4. [sastera lama] menanggung cinta (sedih dan lain-lain);
percintaan
1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan):
kahwin itu ialah kemuncak ~;
2. [sastera lama] perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dan lain-lain), kesedihan, kesusahan:
maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah;
pencinta orang yang meminati dan mencintai sesuatu:
~ sastera;
~ buku.
cingkat
buah kelapa muda, cengkir.