cinta

1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada (negara, orang tua, kebebasan, dan lain-lain):
walaupun ~nya kepada keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi;

2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan:
~ kepada suaminya masih tinggal bersarang dalam hati;
barangkali kau masih ~ pada tunanganmu;

3. [sastera lama] perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dan lain-lain):
tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya;

4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu:
putera raja itu amat sangat ~ akan burung yang dilihatnya itu;
~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk);
~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang);

~ monyet cinta yang hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja;
~ pandang pertama cinta yang timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya;

cintakan cinta akan, mencintai;

bercinta
1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan:
elakkan daripada ~ sebelum lulus pelajaran;

2. berasa rindu;

3. [kiasan] berat rasa hati untuk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yang kurang menyenangkan):
kami sangat ~ untuk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yang sangat sesak;

bercintakan
1. menaruh cinta atau kasih kepada, berahi kepada:
sebagai laki-laki yang ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit;

2. berperasaan rindu akan, ingin akan:
ia ~ benda yang sukar diperoleh;

3. [sastera lama] berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu:
tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja;
janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu;

bercinta-cintaan
1. cinta-mencintai, berkasih-kasihan:
baru hendak ~ dengan seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina;

2. bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan):
sebelum hari malam, dia ~ dengan tunangannya;

mencinta
1. menaruh cinta atau kasih (kepada);

2. [sastera lama] berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal;

mencintai
1. mengasihi, menaruh cinta pada:
ia ingin ~ dan dicintai;

2. merindukan (hendak memperoleh sesuatu dan lain-lain), mengharap-harapkan, menginginkan:
tidak ada orang yang tak ~ duit;

tercinta (yang) dicintai (dikasihi, disayangi):
engkau pisahkan aku dari anakku yang ~;

kecintaan
1. perasaan cinta, kasih, kesayangan:
yang mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yang diikat oleh kesetiaan;
seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kepada bahasa kebangsaan;

2. yang dicintai (dikasihi), kekasih:
pemuda ~nya bekerja sebagai wartawan;

3. [sastera lama] kerinduan kesedihan, kebimbangan;

4. [sastera lama] menanggung cinta (sedih dan lain-lain);

percintaan
1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan):
kahwin itu ialah kemuncak ~;

2. [sastera lama] perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dan lain-lain), kesedihan, kesusahan:
maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah;

pencinta orang yang meminati dan mencintai sesuatu:
~ sastera;
~ buku.

berkongsi