daulat

1. bahagia, kebahagiaan (pada raja-raja yang memerintah);
~ dirgahayu mudah-mudahan berbahagia dan lanjut usia;

2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dan sebagainya);

3. kuasa (raja, kerajaan);

4. [arkaik] tulah;
ditimpa ~ kena tulah (raja);
~ tuanku
a) benar tuanku, ya tuanku;
b) berbahagialah tuanku;

berdaulat
1. bertuah, berbahagia;

2. mempunyai kuasa (yang tertinggi):
raja yang ~;

3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri:
negara yang merdeka dan ~;

4. mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa, berwibawa:
bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yang ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain;

mendaulat
1. menjunjung (mengabdi, berkhidmat kepada raja);

2. [Indonesia], [bahasa percakapan] merampas (kekuasaan dan lain-lain) dengan tidak sah, menurunkan orang berpangkat atau berkuasa (seperti raja dan lain-lain) dari kedudukannya dengan paksaan:
Raja Faruk telah didaulat oleh rakyat Mesir;

mendaulatkan menjadikan berdaulat, memberi hak (kuasa dan lain-lain), menjadikan berwibawa:
perjuangan hendak ~ Bahasa Kebangsaan bukan perjuangan baru;

kedaulatan kekuasaan yang tertinggi:
~ Raja-raja Melayu diakui oleh perlembagaan;~ rakyat demokrasi;
~ undang-undang kedudukan undang-undang sesebuah negara sebagai kuasa tertinggi yang mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak atau lapisan masyarakat;

pendaulatan perihal atau perbuatan mendaulatkan:
~ Bahasa Kebangsaan;

pendaulat
1. [bahasa percakapan] orang yang mendaulat;

2. orang atau pihak yang mendaulatkan:
kononnya negara itu dianggap sebagai ~ demokrasi.

dauk

putih keabu-abuan (berkenaan (dengan) warna kuda);
jenis-jenisnya:
~ bertitik, ~ cempaka, ~ macan, ~ ruyung.

Datuk II

1. gelaran kehormat kepada orang yang berpangkat atau bermartabat tinggi (yang biasanya menjadi pembesar negeri):
~ Bendahara;
~ Paduka Raja;
~ Panglima;
~ Temenggung;

2. gelaran kehormat di Malaysia yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu (sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara);
~ Bandar ketua pentadbiran sesebuah bandar raya;
~ Patinggi gelaran kehormat yang dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu;
~ Seri gelaran kehormat yang dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu.

datuk I

1. bapa kepada ayah atau ibu seseorang;

2. panggilan oleh seseorang terhadap bapa kepada ayahnya (ibunya) atau terhadap seseorang lain yang sedemikian tuanya, aki, kakek;
~ nenek nenek moyang, leluhur;

3. [arkaik] panggilan orang ramai kepada anggota polis atau panggilan mata-mata kepada pegawai atasannya;

4. [Minangkabau] penghulu adat;

5. hantu (puaka, penunggu) sesuatu tempat:
~ di pokok itu kononnya selalu mengganggu orang-orang yang lalu di situ;

6. topekong, berhala, atau dewa (kpada orang Cina yang mempunyai kepercayaan tertentu);
rumah ~ rumah berhala;

7. [bahasa percakapan] sebutan bagi harimau;
~ betina [sastera lama] ketua dayang-dayang dalam istana;
~ kayu [arkaik] pegawai dan kakitangan jabatan hutan;

mendatukkan menjadikan (memanggil) datuk:
Tok Embong dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak dan didatukkan oleh peringkat cucunya.

datu I

1. [arkaik] raja, ratu;

2. [Minangkabau] tukang ubat-ubatan (ramuan), bomoh;

3. [Jakarta] orang yang keramat, orang yang telah meninggal;

kedatuan
1. [arkaik] kerajaan, pemerintahan;

2. [Minangkabau] tari-tarian.

dating

[bahasa percakapan] janji temu dengan seseorang yang berlainan jantina (mis antara seorang pemuda dengan teman wanitanya untuk keluar makan, menonton wayang gambar dan sebagainya):
selepas hanya dua kali ~, dia muncul di depan pintu rumah, tanpa diundang;

berdating bertemu atau keluar dengan seseorang yang berlainan jantina (mis teman lelaki atau wanita) untuk keluar makan, menonton wayang gambar dan sebagainya:
mereka terus bernikah tanpa perlu ~.

Dato gelaran kehormat di Malaysia yang dianugerahkan oleh semua ketua negeri kecuali Melaka, Sarawak dan Sabah, kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu (sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara);
~ Seri gelaran kehormat yang dianugerahkan oleh semua ketua negeri, kecuali Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak, kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu;
~ Sri gelaran kehormat yang dianugerahkan oleh Sultan Pahang kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu.

Datin

gelaran bagi isteri seseorang yang telah dianugerahi gelaran kehormatan Datuk (atau Dato);
~ Seri gelaran bagi isteri seseorang yang bergelar Datuk Seri (Dato’ Seri).