[Kelantan] kawasan (keping) tanah.
Author Archives: admin
dawai-dawai
sejenis tumbuhan (pokok), sedawai, Smilax calophylla.
dawai
tali daripada logam (digunakan untuk mengikat sesuatu atau membuat pagar, bakul, dan lain-lain), kawat;
~ duri dawai berduri yang dibuat pagar;
~ gelang (kasar) ark dawai telegraf;
~ hidup dawai yang mengalirkan arus elektrik;
~ ketegangan tinggi kawat yang mengaruskan tenaga elektrik yang tinggi;
~ mata punai dawai yang dianyam (digunakan untuk membuat kandang ayam dan lain-lain);
umpama ayakan ~ (peribahasa) pekerjaan seseorang yang tidak cermat;
mendawai memasang dawai atau kawat:
dia mempunyai kemahiran membaiki barang-barang elektrik dan ~;
mendawaikan memasang dawai elektrik (pagar, dan lain-lain):
punca kebakaran tersebut akibat tindakan ~ lampu secara haram;
pendawaian proses memasang dawai, sistem pemasangan dawai:
Tenaga Nasional akan cuba menggantikan meter lama dengan meter baru untuk memperbaik sistem ~nya;
pendawai orang yang kerjanya memasang dan menyelenggarakan dawai elektrik, kabel elektrik dan sebagainya.
dawah
sejenis tumbuhan (rumpai), aring-aring, daun dakelin, keremak hutan (jantan), rumput kunang putih, Eclipta alba.
daur
jangka masa tertentu;
~ besar jangka masa 120 tahun;
~ kecil jangka masa lapan tahun, windu.
daup-daup
1. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, akar suluh, Bauhinia cornifolis;
2. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kangkatuk, kempaga, Bauhinia flammifera;
3. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait rimba, katup-katup, Bauhinia bidentata.
daung
[Kelantan];
panjang ~ sangat panjang.
daun III
burung ~ sejenis burung, Chloropsis sonnorati zosterops.
daun II
= tengas ~ sejenis ikan darat, Acrossocheilus deauratus;
~ baharu sejenis ikan laut, Ephippus orbis.
daun I
1. bahagian tumbuh-tumbuhan yang biasanya leper dan nipis, berwarna hijau, dan tumbuh di dahan;
2. benda yang berhelai-helai (berkeping-keping nipis-nipis):
~ rokok;
~ terup;
3. bahagian sesuatu yang lebar lagi nipis:
~ kipas;
~ pintu;
~ ceding [Kelantan] pelengkap (penguat) sesuatu;
~ dayung bahagian yang lebar di hujung dayung (pengayuh);
~ kaki [Kelantan] taraf yang paling rendah;
~ kipas bahagian kipas angin yang berkeping-keping;
~ kentut-kentut sejenis tumbuhan (herba) yang daunnya dijadikan ubat, akar sekentut, Paederia foetida;
~ meja papan di atas meja;
~ neraca (dacing) piring neraca (dacing);
~ padi sejenis pisau kecil;
~ parsli sejenis tumbuhan kecil (daunnya kerinting) yang digunakan sebagai perisa atau hiasan dalam masakan, Petroselinum crispum;
~ pintu papan pintu yang boleh dibuka tutup;
~ rampas [Kelantan]
a) daun yang dipungut kali yang terakhir;
b) kaum yang dikuasai orang lain;
~ sari salut ranggi dan kelopak bunga dikira sekali;
~ sisik tumbuhan kecil (pada pokok) yang melindungi tunas;
~ tapak anjing [Kelantan] daun tumbuh-tumbuhan yang mula-mula bercambah;
~ telinga bahagian telinga yang di luar;
~ tingkap papan tingkap yang boleh dibuka tutup;
makan se~ [sastera lama] makan bersama-sama di sesuatu tempat (sebelum masuk perang dan lain-lain sebagai tanda seia sekata);
~ dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga (peribahasa) tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak orang;
~ nipah dikatakan ~ labu (peribahasa) salah faham yang terbit kerana malas bertanya;
~nya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga (peribahasa) akan ketahuan juga kekurangan seseorang walaupun tinggi pengetahuannya, yang berguna tinggal dan yang tidak berguna terbuang;
bagai kucing main ~ (peribahasa) peri kehebatan seseorang;
berdaun mempunyai daun, tumbuh (bercambah) daunnya;
mendaun menjadi seperti daun;
~ kayu [kiasan] banyak seperti daun kayu;
~ kunyit ki tidak berguna.
daunan daun (terutamanya digunakan dalam karya sastera).