daun I

1. bahagian tumbuh-tumbuhan yang biasanya leper dan nipis, berwarna hijau, dan tumbuh di dahan;

2. benda yang berhelai-helai (berkeping-keping nipis-nipis):
~ rokok;
~ terup;

3. bahagian sesuatu yang lebar lagi nipis:
~ kipas;
~ pintu;
~ ceding
[Kelantan] pelengkap (penguat) sesuatu;
~ dayung bahagian yang lebar di hujung dayung (pengayuh);
~ kaki [Kelantan] taraf yang paling rendah;
~ kipas bahagian kipas angin yang berkeping-keping;
~ kentut-kentut sejenis tumbuhan (herba) yang daunnya dijadikan ubat, akar sekentut, Paederia foetida;
~ meja
papan di atas meja;
~ neraca (dacing) piring neraca (dacing);
~ padi sejenis pisau kecil;
~ parsli sejenis tumbuhan kecil (daunnya kerinting) yang digunakan sebagai perisa atau hiasan dalam masakan, Petroselinum crispum;
~ pintu papan pintu yang boleh dibuka tutup;
~ rampas [Kelantan]
a) daun yang dipungut kali yang terakhir;
b) kaum yang dikuasai orang lain;
~ sari salut ranggi dan kelopak bunga dikira sekali;
~ sisik tumbuhan kecil (pada pokok) yang melindungi tunas;
~ tapak anjing [Kelantan] daun tumbuh-tumbuhan yang mula-mula bercambah;
~ telinga bahagian telinga yang di luar;
~ tingkap papan tingkap yang boleh dibuka tutup;
makan se~ [sastera lama] makan bersama-sama di sesuatu tempat (sebelum masuk perang dan lain-lain sebagai tanda seia sekata);
~ dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga (peribahasa) tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak orang;
~ nipah dikatakan ~ labu (peribahasa) salah faham yang terbit kerana malas bertanya;
~nya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga (peribahasa) akan ketahuan juga kekurangan seseorang walaupun tinggi pengetahuannya, yang berguna tinggal dan yang tidak berguna terbuang;
bagai kucing main ~ (peribahasa) peri kehebatan seseorang;

berdaun mempunyai daun, tumbuh (bercambah) daunnya;

mendaun menjadi seperti daun;
~ kayu [kiasan] banyak seperti daun kayu;
~ kunyit ki tidak berguna.

daunan daun (terutamanya digunakan dalam karya sastera).

berkongsi