dekan I

sejenis tikus buluh, Rhizomys sumatrensis;
~ kecil, Rhizomys pruinosus;
bagai ~ di bawah pangkal buluh
(peribahasa) seseorang yang pandai menyimpan rahsia.

dekam

berdekam, mendekam
1. duduk bersedia untuk melompat (menerkam), duduk seperti kucing (harimau) ketika hendak menangkap mangsanya, bertelut;

2. [bahasa percakapan] selalu berada di rumah, tinggal lama di satu-satu tempat, berpengap, meringkuk:
dalam masa cuti sekolah, dia berdekam di rumah sahaja;

3. [bahasa percakapan] melekat, kekal (dalam ingatan dan lain-lain):
kemalangan ngeri yang kulihat tempoh hari masih mendekam di kepalaku.

dekak-dekak

sejenis alat hitung orang Cina atau Jepun yang berupa pemidang dengan bola-bola atau butir-butir kecil (yang digerak-gerakkan sewaktu membuat perkiraan), sempoa.

dekah, dekahan

ketawa dengan suara yang tinggi, ketawa terbahak-bahak:
hilai dan ~ ketawa kakak mengganggu fikiranku;
tiba-tiba terdengar dekahan ketawa dari bilik itu;

berdekah-dekah ketawa (tertawa) dengan suara yang tinggi atau nyaring (kerana terlalu geli hati), terkekeh-kekeh:
kadang-kadang cerita itu begitu lucu sehingga kami ketawa ~.