dekri

perintah (undang-undang dan lain-lain) yang dibuat oleh pihak berkuasa, raja, pemerintah, dan lain-lain;
~ mutlak perintah muktamad daripada mahkamah yang menamatkan atau membubarkan sesebuah perkahwinan sepenuhnya (berkenaan (dengan) orang bukan Islam);
~ nisi perintah mahkamah supaya sesebuah perkahwinan dibatalkan dalam tempoh masa yang tertentu melainkan ada sebab yang munasabah untuk menghalangnya (berkenaan (dengan) orang bukan Islam);

mendekrikan memerintahkan: pemerintah ~ wujudnya satu badan kerajaan yang akan ditubuhkan mengikut bentuk-bentuk tertentu.

dekoratif

berkenaan sesuatu yang digunakan sebagai hiasan:
pemilihan kata-katanya bukan sebagai sesuatu yang ~ ataupun simbolik.

dekorasi

1. hiasan, gambar hiasan;

2. bintang kehormatan yang dianugerahkan kerana bakti (jasa).

dekor

1. [Indonesia-Belanda] perlengkapan pentas (seperti tirai, hiasan, dan lain-lain) untuk pertunjukan sandiwara;

2. gaya atau keseluruhan alat hiasan yang memberikan wajah tertentu kepada sesuatu tempat (seperti bilik, rumah, dan sebagainya):
sesuai dengan struktur pembinaannya, ~ banglo berwajah antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yang dikehendaki oleh tuannya.

deklarasi

1. wang biaya (perjalanan dan lain-lain);

2. pernyataan yang ringkas dan jelas (tentang sesuatu).

deklamasi

pembacaan sajak dan sebagainya dengan irama suara, gaya dan penuh perasaan:
~ sajak;

berdeklamasi membaca (sajak dan lain-lain);

mendeklamasikan membacakan (menyampaikan) sajak dan lain-lain untuk didengari:
dia telah ~ sajaknya sejak setahun yang lalu;

pendeklamasian perihal atau perbuatan mendeklamasikan:
~ sajak;

pendeklamasi orang yang mendeklamasikan sajak, puisi dan sebagainya:
beliau juga mendapat pengiktirafan sebagai penulis dan ~ puisi tanah air.

dekit

berdekit, berdekit-dekit ketawa kecil:
Midah tidak menjawab pertanyaanku, hanya ketawa ~ sambil menundukkan kepalanya.

deking

[Indonesia-Belanda]

1. [bahasa percakapan] tempat berlindung, lindungan, perlindungan;

2. [bahasa percakapan] cagaran:
ketika meminjam wang tempoh hari, tanahnya dijadikan ~;

3. [bahasa percakapan] pelindung, penaung;

dideking
1. [bahasa percakapan] dihalangi, disekat;

2. dilindungi, dinaungi.