esei

karangan prosa (yang biasanya lebih pendek daripada tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk:
menurut definisi Encyclopedia Britannica, ~ ialah satu karangan yang berpatutan panjangnya.

ESCAP

akronim bagi Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (Suruhanjaya Ekonominomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik).

esak

sakit ~ sejenis penyakit susah bernafas;

mengesak, teresak, teresak-esak tersedu-sedu (menangis):
tiba-tiba dia ~, dia menangis;
Jaliah menangis teresak-esak seorang diri;

esakan sedu-sedan:
Minah makin kuat menangis, ~nya makin kencang.

esa

satu, tidak lebih dan tidak kurang daripada satu, tunggal;
kurang ~ empat puluh tiga puluh sembilan;
Tuhan yang ~ Tuhan yang hanya satu;
~ hilang, dua terbilang (peribahasa) terus berusaha dengan keazaman hingga tercapai cita-cita;
berbilang dari ~, mengaji dari alif (peribahasa) membuat sesuatu itu hendaklah dimulai dari permulaannya;

mengesakan membuat (menjadikan, menganggap, dan lain-lain) satu:
aku tetap ~ Allah dan tidak menyekutukan-Nya;

esa-esaan keseorangan, berasa sunyi;

keesaan perihal tunggal, kesatuan, sifat tunggal:
~ Tuhan.

es

[Indonesia] ais, air batu;
~ lilin (loli) ais krim batang;

dies dimasukkan (disejukkan) dalam ais.

erti

1. maksud yang terkandung dalam sesuatu perkataan (ayat, peribahasa, ungkapan, lambang, kiasan, dan lain-lain), makna:
kata pekerja telah digunakan sebagai pengganti kata kuli pada zaman kolonial, dan mempunyai ~ tertentu dalam masyarakat bahasa Indonesia;

2. [kiasan] guna, faedah, kepentingan:
lebih baik diam sahaja, jika itu memberi ~ kepada penghidupan kita sekarang;
~ kata
makna (konsep) kata, maksud, takrif;
~ kiasan erti yang dilambangkan (bukan erti yang biasanya atau sebenarnya);
~ (yang) mendatang erti lain yang terbit daripada sesuatu makna asal;

seerti serupa atau sama ertinya;
kata ~ kata yang ertinya sama atau hampir-hampir sama dengan kata (kata-kata) yang lain;

bererti
1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna:
seringkali apa yang diucapkannya tidak ~ sama sekali;

2. ertinya, bermakna, bermaksud:
ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dalam pertubuhan dunia itu;

3. berguna, berfaedah, mustahak, penting:
bagi kita yang sudah lama menderita ini, bantuan yang sebanyak itu tidak ~ langsung;

4. sebenarnya, sama halnya dengan:
membiarkan sahaja kampung yang dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kepada anasir jahat;

keberertian keadaan bererti:
~ sosial daripada iltizam mereka yang sentiasa berubah;

mengerti mengetahui atau memahami erti (kepentingan dan lain-lain) yang terkandung (dalam perkataan, ucapan, perbuatan, dan lain-lain):
ia menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yang dilihatnya;

dimengerti difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya, kepentingannya):
buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi untuk ~ akan isinya;

mengertikan
1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan:
batu nisan itu mempunyai tulisan yang tidak dapat diertikan;
maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai;
kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju;

2. membuat atau menjadikan (orang dan lain-lain) mengerti;

ertian tafsiran;

pengertian
1. fahaman, tanggapan (gambaran) berkenaan sesuatu:
kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dalam kira-kira;

2. erti, gagasan, idea, konsep:
mengikut ~ sains, istilah pernafasan itu meliputi segala proses mengubah tenaga;

3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi):
tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~;

4. penerangan, penjelasan:
perkataan baik digunakan untuk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan.

erpah

tanah ~ [bahasa percakapan] tanah sewa yang disewakan turun-temurun (dengan had waktu yang tertentu).