eskot

pengiring (bersenjata ataupun tidak) untuk melindungi (menghormati) seseorang.

eskapisme

tindakan atau kecenderungan melarikan diri daripada kenyataan dengan menumpukan fikiran kepada sesuatu perkara lain (biasanya yang kurang baik) daripada masalah yang dihadapi sebagai langkah untuk mencari ketenangan:
ada juga yang berkarya kerana tekanan jiwa, lalu dicurahkan pada kertas sebagai suatu ~.

esensi

hal (unsur) yang pokok, inti:
kita dapat menerima hal ini sebagai ~ daripada apa yang mungkin disebut kepercayaan ‘statis’.

esen

bahagian yang paling penting daripada sesuatu perkara (benda dan lain-lain), sari:
putar mentega dan masukkan ~ vanila.

eselon

1. tingkat pangkat (kedudukan) dalam sesuatu organisasi, masyarakat dan sebagainya:
~ atasan;

2. formasi yang terdiri daripada beberapa kapal terbang, kapal atau trup dan sebagainya yang bergerak berturut-turut dan ke sisi antara satu sama lain dalam susunan seperti tangga.

esek II

daun ~ nanah sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar pisang-pisang jantan, Uvaria purpurea.