1. menaruh berahi atau perasaan cinta yang amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan):
raja itu sedang ~ kepada tuan puteri;
2. sedang sibuk, leka (dengan sesuatu), khayal (melakukan sesuatu):
kalau dah ~ berbual lupa akan makan;
~ maksyuk
a) berkasih-kasihan;
b) orang yang sedang berkasih-kasihan, sepasang kekasih;
c) Tuhan dan hamba-Nya;
3. [Arab] orang yang menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pada Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya;
asyik-asyik balik-balik, sering kali:
~ perkara itu juga yang dibangkitkannya;
mengasyikkan
1. menimbulkan berahi (pada seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pada):
Rohani dengan baju yang pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya;
2. membuat atau menyebabkan asyik (leka dan sebagainya), melekakan, mengkhayalkan:
kisah itu cukup ~;
buku cerita yang ~ pembaca;
keasyikan kelekaan (sewaktu sedang melakukan sesuatu):
mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman;
keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dan lain-lain).