alir I

engalir
1. bergerak berterusan (berkenaan (dengan) air, cecair, tenaga elektrik, dan lain-lain):
air sungai ~ ke laut;
darah ~ keluar daripada luka di kepalanya;

2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (berkenaan (dengan) air mata, peluh, dan lain-lain):
air matanya ~ juga dalam suram-suram cahaya;

3. bergerak melalui atau menerusi kawat (berkenaan (dengan) arus atau tenaga elektrik);

4. bergerak keluar atau masuk (dari sebuah negara ke negara lain dan sebagainya), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain):
emas ~ ke luar negeri;

mengaliri [Indonesia] mengalir ke (sesuatu kawasan, daerah, dan lain-lain):
air bendungan itu dapat ~ daerah yang luas;

mengalirkan
1. menyebabkan (menjadikan) mengalir, menyalurkan (air dan lain-lain) ke:
maksud bendungan ini ialah untuk ~ air ke sawah;
pertempuran yang ~ darah;

2. menyebabkan bergerak (di air), menghanyuntukan:
~ rakit;

3. menyalurkan (cita-cita, kegiatan, dan sebagainya), mengarahkan;

aliran
1. gerakan mengalir (berkenaan (dengan) air, tenaga elektrik, dan lain-lain):
~ air sungai menuju ke laut;
~ tenaga elektrik;

2. gerakan keluar atau masuk biasanya banyak-banyak (dari sebuah negara ke negara lain dan sebagainya):
~ emas ke luar negeri;

3. saluran (seperti paip air, dawai elektrik, dan lain-lain) tempat mengalirnya sesuatu:
~ sungai itu selalu berpindah-pindah;

4. haluan pemikiran (pendapat), mazhab (politik, pandangan hidup, dan lain-lain);
~ falsafah moden pandangan (haluan) falsafah moden;
~ komunis pendapat atau pemikiran komunis;
~ zaman pandangan hidup masa tertentu;

5. jalan (cerita dan sebagainya):
cerita ini kutuliskan secara roman sejarah, tetapi ~nya kusesuaikan dengan kisah peperangan Kedah;

6. arah perkembangan, kecenderungan atau kemungkinan (hala sesuatu perkembangan):
~ puisi tahun enam puluhan;
~ pasaran getah;

7. yang termasuk dalam sesuatu golongan yang khusus atau tertentu (berkenaan (dengan) pembahagian atau pengelasan pelajar atau pelajaran dan sebagainya):
sekolah menengah ~ Melayu;
pelajar-pelajar ~ sains;
~ tunai
penerimaan dan pembayaran wang tunai;

beraliran berhaluan pendapat (politik, pandangan hidup dan lain-lain):
lunas itu ~ untuk mendirikan suatu negara sosialis;

pengaliran perihal (perbuatan, usaha dan sebagainya) mengalirkan, penyaluran (air, arus elektrik, dan lain-lain);
pemindahan (emas, modal dan sebagainya):
~ air ke sawah padi;
~ emas ke luar negeri dilarang oleh kerajaan;

pengalir sesuatu yang (digunakan untuk) mengalirkan.

berkongsi