ajar

tunjuk ~ petunjuk supaya diketahui (diikut dan lain-lain) sebagai bimbingan atau panduan untuk melakukan sesuatu:
itulah hasil daripada tunjuk ~ cikgu dahulu;

berajar (telah) diajar (dididik) dengan budi bahasa (cara-cara kesopanan dan sebagainya), berpendidikan, beradat:
budak-budak itu tidak ~;

belajar berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dan lain-lain), menuntut ilmu pengetahuan dan lain-lain, menjalani latihan, dan sebagainya:
~ bahasa Inggeris;
~ cara-cara berniaga;
~ bertukang;

mengajar
1. menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kepada:
~ orang menggunakan senjata;

2. membaiki kelakuan dengan memberi nasihat dan sebagainya, mendidik:
ia ~ anaknya supaya jangan nakal;

3. membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman dan sebagainya yang telah diperolehnya:
musim kemarau ini akan ~ kita supaya tidak menggunakan air dengan membazir;
kesulitan hidup ~ orang lebih berusaha;

4. memarahi (memukul seseorang) supaya jera (tidak melakukan lagi sesuatu);
itik diajar berenang = tak usahlah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai (peribahasa) mengajar orang yang lebih banyak pengalaman;

mengajari mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya), melatih (seseorang):
anak-anak yang masih kecil janganlah diajari bersolek;
guru yang ~ murid-murid darjah 5 ilmu alam dan sejarah;

mengajarkan mengajar sesuatu (kpada seseorang dan lain-lain), memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya):
siapa ~ hitungan yang sesulit ini;
ia ~ cara-cara mengendalikan mesin tersebut kepada pekerja-pekerja baru;
guru yang ~ sesuatu mata pelajaran;

ajaran
1. segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk:
mempercayai keramat adalah bertentangan dengan ~ agama;
tidak melupakan ~ guru;
~ sesat
ajaran yang terpesong daripada akidah atau syariat agama Islam;

2. teori, mazhab:
~ Darwin;
~ Imam Shafie;

3. hukuman (pukulan dan lain-lain) untuk menjerakan:
sudah beberapa kali ia diberi ~ oleh pemuda-pemuda sekampungnya;

pengajaran
1. perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan, dan lain-lain):
~ bahasa Malaysia di sekolah-sekolah masih menghadapi beberapa kesulitan;

2. segala sesuatu (cara, perbuatan, dan lain-lain) yang diajarkan, ajaran:
diperbuatlah oleh gergasi kedua seperti ~ Pak Pandir;

3. peringatan, pedoman:
pengalaman ini akan menjadi ~ bagi saya;
supaya mereka dapat mengambil ~ daripada tanda-tanda kebesaran-Nya;

pelajaran
1. segala sesuatu yang dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yang diperoleh):
mereka diseru supaya menggunakan ~ yang ada pada mereka untuk faedah masyarakat;

2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan):
beberapa orang pelajar dari sekolah tersebut akan melanjuntukan ~ mereka di luar negeri;

3. yang berkaitan dengan pengajaran ilmu pengetahuan:
masalah ~;
~ dewasa
pelajaran bagi orang dewasa (yang tidak bersekolah sebelumnya);
~ percuma pelajaran yang tidak dikenakan bayaran (kpada pelajar);
~ sekular pelajaran yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan keduniaan (tidak berkaitan erat dengan bidang keagamaan atau kerohanian), pendidikan duniawi:
perkembangan sistem ~ sekular menyebabkan berlakunya proses sosialisasi;

berpelajaran mempunyai pelajaran, berpendidikan:
ceramah itu bukanlah bagi orang ~ sahaja, tetapi terbuka juga kepada para peminat;

pembelajaran proses (kegiatan) belajar;

pengajar
1. ajaran:
tidak mendapat petunjuk dan ~;

2. orang yang mengajar (seperti guru, pensyarah, dan sebagainya):
pada masa ini, sangat kekurangan tenaga ~;

pelajar orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab, dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu):
~ sekolah menengah;
~ universiti;

mempelajari belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam:
kami telah ~ cara-cara pemberitaan akhbar itu;
~ ilmu sains;

terpelajar telah mendapat pelajaran, berpelajaran (tinggi), berpendidikan (tinggi);
kaum (golongan) ~ orang cerdik pandai;

pemelajaran proses mempelajari:
taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kepada mereka yang menghadiri sekolah aliran Inggeris.

berkongsi