ada

1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dan sebagainya), bukan khayalan atau rekaan, wujud:
ada orang yang mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yang mengatakan ianya khayalan manusia;
tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang;

2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dan sebagainya) di sesuatu tempat:
gula dan kopi ~ di dalam almari itu;
dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai;

3. telah sedia, telah terkumpul dan sebagainya (untuk diberi perhatian dan sebagainya):
~ banyak surat yang perlu ditandatangani;
~ kerja penting yang belum diurus lagi;

4. mempunyai:
Razi ~ banyak barang mainan;
tidak ~ cita-cita;

5. (masih) hidup, belum meninggal dunia:
ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal;
dia sudah tak ~
dia sudah meninggal dunia;

6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan untuk menguatkan kata kerja selepasnya):
dia ~ pergi ke sekolah petang tadi;
saya ~ menerima surat daripadanya;

7. hadir (digunakan sebagai menjawab panggilan guru dan lain-lain sewaktu memastikan kedatangan murid dan lain-lain);

8. apakah (digunakan untuk melembuntukan pertanyaan):
~ encik melihat adik saya~ gula, ~ semut (peribahasa) kalau orang kaya banyaklah kawannya;
~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh (peribahasa) di mana pun kita duduk, ada rezeki;

ada-ada;
~ saja
a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dan lain-lain:
~ saja yang menyebabkan penderitaannya;
jarang ia di rumah, ~ saja orang datang mengajaknya berjalan;

b) selalu ada sesuatu yang ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dan sebagainya):
A~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!;

seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yang ada:
hidangan ~ sudah sedia;

adakah
1. apakah ada (untuk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada):
soalnya, ~ terdapat novel karangannya?

2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak):
~ kekalahannya tahun ini lebih besar daripada kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam (peribahasa) perselisihan yang telah ada tidak perlu diperbesar lagi;

adakan mana ada, mana boleh, masakan:
~ kucing bertanduk;

adalah
1. [sastera lama] sesungguhnya (digunakan pada permulaan ayat, kenyataan, dan sebagainya):
~ makam ini dikurniai raja kepada aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kepada aku;

2. ialah (untuk menghubungkan sesuatu yang diperkatakan dengan huraian, penjelasan dan sebagainya yang mengenainya):
hadiah itu ~ untuk murid terpandai;

adanya
1. perihal ada (berlaku, terdapat, dan sebagainya), wujudnya:
~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi;

2. demikianlah halnya:
mereka itu seperti adik-beradik ~;

ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah:
~ ayam berkaki tiga;

adapun mengenai, perihal:
dapat dikemukakan bahawa ~ cerita pendek pada umumnya menceritakan hal manusia juga;

berada
1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dalam sesuatu keadaan:
hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan;
sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura;

2. berharta, kaya:
keluarganya boleh dikatakan ~ juga;

berada-ada = ada-berada ada sesuatu yang tersembunyi (seperti sebab, maksud, dan lain-lain);
kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah (peribahasa) tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa;

keberadaan keadaan (sifat) berada:
semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain;

mengada-ada
1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dan lain-lain) yang bukan-bukan:
jangan kamu ~ saja;

2. bercakap atau menunjukkan kelakuan (gerak-geri dan sebagainya) seperti menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dan sebagainya (membuat orang meluat):
sejak pulang dari luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak seperti orang Barat;

3. [Indonesia] melebih-lebihkan (sesuatu yang diperkatakan), membuat-buat, berbohong:
aku tak percaya sebab dia suka ~;

4. menyusahkan (suka meminta yang bukan-bukan dan sebagainya):
ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau?;

mengadakan
1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan:
Tuhanlah yang ~ seluruh alam ini;

2. mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dan sebagainya), menyediakan:
~ wang yang diperlukan;
peruntukan belanjawan untuk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik;

3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (seperti seminar, mesyuarat, kenduri, dan lain-lain), menganjurkan serta mengurus sesuatu:
~ kursus bahasa-bahasa asing;
~ kempen kebersihan;

mengada-adakan mengadakan atau menimbulkan dan sebagainya sesuatu (seperti cerita, alasan, dan lain-lain) yang sebenarnya tidak ada atau tidak benar, membuat-buat, mereka-reka:
dia sengaja ~ cerita itu untuk mendapatkan simpati daripada kawan-kawannya;

keadaan
1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pada sesuatu ketika atau jangka waktu:
pesakit itu berada dalam ~ tenat;
~ di sesebuah negara semasa berlaku peperangan;
~ hidup kaum nelayan;
~ cuaca;

2. rupa (sifat, kedudukan, dan sebagainya) sesuatu sebagaimana yang dapat dilihat:
seorang pegawai polis sedang membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan;
~ tubuhnya tegap sasa;

3. suasana (di atau di sekitar sesuatu tempat):
~ di situ pada waktu malam senyap sunyi;

berkeadaan (berada) dalam keadaan (kedudukan, suasana, dan lain-lain):
pada tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya;
di hadapan gadis dia ~ canggung;

pengadaan perihal mengadakan sesuatu:
~ kelas agama pada waktu petang.

berkongsi