1. susunan perkara untuk dibincangkan dalam mesyuarat (perundingan dan sebagainya), agenda;
2. rancangan atau susunan rancangan untuk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dan lain-lain), program:
satu jawatankuasa khas akan menyusun ~ yang akan diadakan pada hari ulang tahun itu;
3. kegiatan (persembahan dan lain-lain) biasanya dalam sesuatu program:
carilah jalan untuk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial;
~ kemuncak kegiatan atau persembahan terpenting (biasanya juga yang teristimewa) dalam sesuatu program;
4. [Indonesia] perkara untuk dibicarakan (di mahkamah), kes;
perbicaraan sesuatu kes (dalam mahkamah):
~ ini akan diadakan di mahkamah tinggi;
beracara
1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau programnya);
2. [Indonesia] memeriksa (membicarakan) perkara di mahkamah;
mengacara [Indonesia] menjatuhkan keputusan hukum;
mengacarai
1. mengelolakan atau mengendalikan sesuatu acara (pertandingan, majlis dan sebagainya):
seorang muka baru akan ~ majlis pelancaran produk itu;
2. [Indonesia] memulai percakapan, memberi bahan bagi percakapan (perbualan):
Engkau kecewa, aku ~ percakapan;
mengacarakan
1. menjadikan sebagai salah satu acara, memasukkan ke dalam susunan acara (rancangan):
pancaragam itu akan diacarakan pada malam penghabisan;
2. [Indonesia] mengadukan (perkara);
pengacara
1. [Indonesia] peguam bela;
2. orang yang mengendalikan persembahan acara-acara (dalam sesuatu pertunjukan, majlis, dan lain-lain), juruacara.