1. terus bernyawa atau bernafas (berkenaan (dengan) manusia, binatang, dan lain-lain), tumbuh dan membesar (berkenaan (dengan) tumbuh-tumbuhan), tidak mati:
kedua-dua ibu bapanya masih ~;
tiap-tiap orang mengetahui bahawa udara mustahak untuk ~ ;
pokok-pokok bunga yang ditanam oleh ibu saya semuanya ~;
seumur ~ sepanjang masa seseorang itu hidup;
2. duduk (tinggal di, berkediaman di):
saya tidak menghendaki istana, vila, atau rumah besar untuk tempat ~;
3. berada dalam keadaan tertentu:
~ bahagia (mewah dan lain-lain);
4. = ~ dari = ~ dengan mendapat rezeki dengan (cara-cara tertentu):
kebanyakan orang Melayu ~ dengan bersawah;
5. [kata seru] kata untuk menyatakan harapan agar berjaya (kekal, selamat, dan lain-lain):
mereka menyeru, ~!, ~!
6. tidak dilupakan atau tidak hilang (nama orang dan lain-lain):
nama orang-orang yang berkhidmat untuk nusa dan bangsa tetap ~;
7. masih bergerak atau berjalan (berkenaan (dengan) pertubuhan, perusahaan, dan lain-lain);
8. masih bekerja atau giat (berkenaan (dengan) enjin, jam, dan lain-lain):
syarikat kerjasama itu masih ~ lagi;
jam aku sebentar ~ sebentar mati;
di Indonesia masih terdapat beberapa buah gunung berapi yang ~;
9. masih menyala (api dan lain-lain);
10. masih dipakai (jalan, sungai, bahasa, dan lain-lain):
bahasa yang ~;
11. masih segar atau baru (sayur-mayur, ikan, dan lain-lain);
12. bergerak cergas (perniagaan, kegiatan, dan sebagainya):
dengan tamatnya konfrontasi perniagaan Indonesia-Malaysia ~ kembali;
13. seperti keadaan yang sebenarnya atau dilihat (lukisan, cerita, dan lain-lain);
14. bukan yang dikeringkan, diasinkan, dijeruk dan sebagainya (berkenaan (dengan) cili, halia, kunyit, ikan, dan sebagainya):
kunyit ~;
ikan ~;
15. bukan yang telah dikeringkan atau direka oleh manusia daripada plastik, kertas, dan sebagainya:
bunga ~ ;
16. (berkenaan (dengan) wayar dan sebagainya) ada aliran arus elektrik:
wayar ~;~ dikandung adat, mati dikandung tanah (peribahasa) waktu hidup hendaklah mengikut peraturan dan kebiasaan yang berlaku, setelah mati terserahlah kepada Tuhan;
~ di hujung gurun orang (peribahasa) orang yang hidup melarat;
~ dua muara (peribahasa) hidup dengan dua macam pencarian;
~ kayu berbuah, ~ manusia biar berjasa (peribahasa) pada ketika hidup eloklah berbuat baik untuk diri sendiri dan untuk masyarakat;
~ sandar-menyandar umpama aur dengan tebing (peribahasa)
a) suami isteri yang berkasih-kasihan;
b) sahabat yang setia dan bertolong-tolongan;
~ segan mati tak mau (peribahasa) orang yang hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit);
~ tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah (peribahasa) berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain;
daripada ~ bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah (peribahasa) daripada hidup menanggung malu, lebih baik mati;
jauh berjalan banyak dilihat, lama ~ banyak dirasa (peribahasa) sudah banyak pengalaman;
kalau bangkai galikan kuburnya, kalau ~ sediakan buaiannya (peribahasa) tunggu dahulu dengan tenang apa yang akan terjadi, kemudian barulah dibuat pertimbangan;
sehidup hidup bersama;
~ semati setia terhadap satu sama lain;
hidup-hidup
1. benar-benar hidup;
2. = hidup-hidupan (dalam keadaan) masih hidup:
pengganas itu telah cuba membakar seorang majistret dan seorang pegawai polis ~;
3. [kiasan] benar-benar, terang-terang:
aku sudah kena tipu ~;
menghidupi
1. membiarkan hidup (tidak dibunuh):
kedua-dua anaknya itu pun berlutut di hadapan ayahnya bermohon supaya budak itu dihidupinya;
2. menjaga atau memelihara supaya hidup (seperti diberi makan dan lain-lain):
maka beberapa pun Sultan Mahmud hendak ~ Tun Ali Hati, tiada juga Tun Ali Hati itu mahu hidup;
menghidupkan
1. membuat supaya hidup (terus bernafas), tumbuh dan membesar:
mustahil kita dapat ~ semula orang yang telah mati;
pembajaan yang teliti boleh ~ pokok itu;
2. menjadikan bergerak atau berjalan (berkenaan (dengan) pertubuhan, perusahaan, dan sebagainya);
3. membuat supaya berjalan (berkenaan (dengan) enjin, jam, dan sebagainya):
berusaha ~ kembali syarikat kerjasama itu;
~ enjin keretanya;
4. menyalakan (api, lampu, dan sebagainya), memasang:
~ api dapurnya;
5. menimbulkan kembali (sesuatu kenangan lama dan sebagainya):
~ kenang-kenangan lama sewaktu mereka sama-sama menuntut di universiti dahulu;
6. menyebabkan sesuatu cerita, lukisan, dan sebagainya hidup (yakni seperti keadaan yang sebenarnya):
dia begitu pandai memilih warna sehingga ~ lukisannya;
7. menjadikan suasana giat dan bersemangat:
gelak ketawanya ~ suasana di dalam rumah itu;
8. menyebabkan timbul sesuatu perasaan, minat, dan sebagainya:
~ minat mereka untuk bekerja dengan lebih keras lagi;
memperhidup manjadikan lebih hidup (giat, bersemangat, dan lain-lain):
rakyat harus ~ semangat bekerjasama antara kaum;
hidupan, hidup-hidupan
1. sesuatu yang hidup (binatang, tumbuhan, dan lain-lain):
kuman ialah sejenis ~ seni yang sangat-sangat halus;
~ seni mikroorganisma;
2. = binatang ~ binatang ternakan (yang dipelihara):
maka adalah daripada hidup-hidupan mereka itu daripada kerbau dan kambing dan sedikit-sedikit lembu dan ayam itik;
kehidupan perihal hidup:
sejak kampung itu diganggu oleh komunis ~ penduduknya semakin sempit;
penghidupan cara (menguruskan, menyelenggarakan) hidup, pencarian:
Tuan Sutan menghamun pemerintah kerana cuba menukar dan merosakkan ~nya;
Badaruddin akrab dengan ~ peneroka hutan di negeri Pahang;
penghidup alat atau bahan untuk menghidupkan sesuatu (enjin, api dan sebagainya):
pelita ini menggunakan minyak zaitun sebagai ~ nyalanya;
~ enjin elektronik.