zon

1. salah satu daripada lima bahagian di permukaan bumi, terutamanya yang terbahagi mengikut garis lintang dan suhu, mintakat:
~ sederhana;
~ sejuk;
~ panas;

2. kawasan yang mempunyai sifat tertentu untuk tujuan tertentu, daerah, mintakat:
~ pengaruh;
~ damai;
letak harga mengikut ~;

3. lapisan atau kawasan batu-batan yang dicirikan dengan fosil, kecacatan struktur, dan sebagainya tertentu:
~ air tanih;
~ air ampai;

4. bahagian sfera di antara dua satah yang selari yang memintasi sfera;

5. kawasan atau daerah yang berada di bawah sekatan atau peraturan tertentu dan sebagainya:
~ letak kereta bermeter;
~ tentera;
~ perdagangan bebas
(Ekonomi) kawasan yang disediakan khas untuk pembinaan kilang yang mengeluarkan barangan untuk dieksport;

mengezonkan membahagikan kepada zon;

pengezonan perbuatan (tindakan, kerja) mengezonkan sesuatu kawasan dan sebagainya.

berkongsi