1. jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau jangka masa tertentu (yang ada sesuatu keistimewaannya atau pertaliannya), masa:
~ pemerintahan British di Malaya;
akhir ~ penghabisan masa kehidupan manusia di dunia ini;
ketinggalan ~ sudah tidak sesuai lagi dengan keadaan;
meninggalkan ~ [sastera lama] mati;
2. kala, ketika, waktu:
semenjak ~ Hamzah Fansuri hingga membawa kepada kurun ke-20, bentuk syair tetap tidak berubah;
3. = umur ~ ark umur;
~ atom masa orang menggunakan tenaga atom untuk bermacam-macam keperluan atau tujuan;
~ air batu = ~ ais masa ketika air batu menutupi hampir seluruh kawasan muka bumi yang terletak di utara garisan khatulistiwa;
~ bahari (kawi, kuno) masa yang telah lama, lampau atau berlalu, dahulukala;
~ batu zaman ketika manusia menggunakan batu sebagai senjata atau alat;
~ dahulu (jangka) masa yang telah lama berlalu, dahulukala, masa lampau;
~ depan (muka) masa yang akan datang;
~ gangsa = ~ perunggu zaman selepas zaman batu (pada masa senjata dan lain-lain dibuat daripada gangsa);
~ gemilang masa yang makmur, masa terdapatnya kemajuan yang luar biasa (dan kemakmuran);
~ gerhana = ~ malap ki tempoh masa kurang berhasil (perniagaan, penulisan, dan sebagainya);
~ jahiliah masa sebelum lahir agama Islam (di negeri Arab);
~ meleset masa susah (barang-barang dagangan tidak laku dan sebagainya);
~ pendudukan masa sesebuah negara diduduki oleh tentera asing;
~ pertengahan zaman antara zaman purbakala dengan zaman baru (dalam sejarah Eropah);
~ puntung berasap zaman kuno;
~ purbakala zaman dahulukala;
~ sekarang (pada) masa sekarang ini;
~ beralih, musim bertukar (peribahasa) sesuatu itu tidak tetap (sentiasa berubah-ubah);
sezaman pada zaman yang sama;
berzaman-zaman, berzaman (meliputi jangka masa yang) sangat lama;
zaman-berzaman (berterusan, berpanjangan) dari suatu zaman ke suatu zaman, sepanjang atau untuk jangka masa yang sangat lama:
motif Islam yang telah wujud ~, iaitu geometri;
banyak negara lain yang telah lama menjalankan usaha demikian ~;
penzamanan perbuatan (proses) membahagikan sejarah kepada beberapa zaman;