urut I

minyak ~ minyak angin dan lain-lain yang digunakan ketika memicit atau menggosok badan;
rumah ~ rumah tempat orang dipicit-picit atau diramas-ramas badannya;
tukang ~ tukang picit (badan), orang yang memicit-micit (meramas-ramas dan sebagainya) badan seseorang atau tempat-tempat yang bengkak (terseliuh dan lain-lain);

berurut (sedang) dipicit-picit (badan), diramas-ramas (badan):
barangkali sudah tidak banyak orang yang ingin ~ atau barangkali tangan orang tua itu sudah tidak kuat lagi;

mengurut
1. memicit-micit dan menggosok-gosok (badan orang) dengan tangan, mesin dan sebagainya (untuk menyegarkan, menyembuhkan, dan lain-lain), menekan-nekan dan menggosok dengan jari:
orang yang diurut itu berasa segar;

2. menggosok perlahan-lahan dengan tangan (untuk membelai dan lain-lain), mengelus-ngelus, mengusap-usap:
dia ~ bahu anaknya, membetulkan rambut panjangnya, dan menasihatkan lagi;

3. memicit dengan tangan dan kemudian melurut;
~ dada ki mengusap dada (kerana berasa kecewa, susah, dan lain-lain);
~ kuduk ki membujuk-bujuk;

mengurut-urut mengurut berulang kali:
tangannya pula turut ~ dada ibunya;

menguruntukan menggosokkan, mengusapkan:
ia minta hamba ~ lengannya yang terseliuh;

urutan
1. gerakan tangan, mesin dan sebagainya untuk mengurut bagi melegakan rasa sakit, mengurangkan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah dan sebagainya:
dia melakukan ~ uk merangsang peredaran darah;

2. hasil mengurut:
~nya melegakan rasa lenguh;

pengurutan perbuatan dan sebagainya mengurut:
~ pada otot-otot, bermula dari ibu kaki;

pengurut
1. orang yang mengurut, tukang urut:
dia ~ yang berpengalaman;

2. alat untuk mengurut (anggota badan dan sebagainya):
setiap bilik itu dilengkapi ~ kaki untuk melegakan badan.

berkongsi